2008 - GARIS-GARIS DEJA VU
Jemari Seni Publishing
ISBN 978-967-5118-00-5
Mungkin agak berlebihan jika aku katakan John sudah mencapai tahap novel antarabangsa, tetapi babak-babak itu cuma hanya akan kita jumpa di dalam novel-novel ciptaan Robert Ludlum atau Tom Clancy - ulasan blogger
"Bukankah kau selalu merintih setiap malam tentang kehidupan kau yang kosong itu? Dalam pekat malam dan dingin salji yang turun, dinding-dinding mendengar kau berbicara tentang nasib malang kau. Tentang kehidupan ini yang tidak ada makna lagi. Tentang ketenangan JIWA yang hilang. Atau adakah ENGKAU MASIH MAHU MENAFIKANNYA?"
KATA RUMI, jika engkau dapat bersama-sama dengan orang yang kau cintai, bersatu dalam satu nafas, maka dalam satu saat itu, engkau akan menemui takdir yang sebenar. Rumi berpesan supaya jangan sesekali melepaskannya. Jangan rosakkan cinta yang hakiki. Kerana ia hanya akan datang sekali dan tidak mungkin kembali buat kali yang kedua.
Cahaya-cahaya tadi hilang berganti dengan warna putih yang menyilaukan. Dan kemudian Suraya melihat dan mendengar sesuatu yang sudah lama ditinggalkannya. Sesuatu yang membuatkan air matanya turun laju. Turun dengan satu penyesalan yang tidak ada pengakhiran.
Ada kalimah nama Tuhan dan kalimah syahadah tertera jelas pada badan kedua-duanya!
Dan yang lebih menakjubkan lagi, ikan-ikan itu sedang berzikir menyebut syahadah dan nama Allah!
2007 - CINDERELLA CINTA (NOVEL TERBAIK CESB 2007)
Creative Enterprise Sd. Bhd
ISBN 978-983-893-751-1
Tidak banyak penulis lelaki yang berjaya menulis dan menghidupkan watak utama iaitu seorang wanita dalam novelnya. aku pernah membaca beberapa novel sebegini dahulu, tetapi ternyata penulis lelaki selalunya gagal dalam memperhalusi watak utama wanita dalam novel mereka. tapi JN berjaya melintasi halangan ini - ulasan blogger
Ke mana bintang-bintang pergi? Ke mana hilangnya seri malam?
"Bintang-bintang akan berhijrah ke selatan Eropah bila musim dingin tiba. Jadi kita tidak dapat melihat bintang-bintang pada musim dingin di Manchester. Tetapi engkau dapat melihat banyak bintang-bintang di sini!" Ah! Suara itu kembali lagi dari dalam kenangan yang tidak jemu-jemu diingati sampai bila-bila. Bagaikan oasis yang menghilangkan seluruh dahaga. Bagaikan bayu segar yang menghilang segala kepenatan.
"Jadi kenapa aku dapat melihat bintang-bintang ketika musim sejuk yang lalu?" Mia bertanya kepada suara itu. Seolah-olah nya kenangan lama bersatu menjadi realiti di hadapan mata. Dia kini melakonkan semula watak nya sendiri satu tahun yang lepas.
"Itulah bintang-bintang yang kesepian. Mereka kehilangan arah bila pasangan mereka hilang tanpa dikesan. Tetapi engkau dan aku... kita tidak akan hilang ditelan masa. Kerana itu kita di sini dan sedang melihat bintang-bintang indah yang berteritip di atas sana!" Suara itu kembali lagi. Seolah-olah Mia kini sedang berhadapan dengan pemilik suara itu.
2005 - TUNJUKKAN AKU SATU BINTANG (NOVEL TERBAIK CESB 2005)
Creative Enterprise Sd. Bhd
ISBN 983-893-648-0
Untuk membaca Tunjukkan Aku Satu Bintang, pembaca harus mempunyai fikiran yang terbuka kerana dalam karyanya kali ini, John mencipta satu perspektif tentang satu sudut kehidupan yang jarang-jarang dikupas oleh kebanyakan novelis Melayu. Ini adalah kerana, seperti Sempadan Tanpa Seri, plot TASB digarap menjangkaui plot tipikal yang sering digunakan oleh kebanyakan novelis Melayu, malah plot ini juga lain dari yang lain. - ulasan blogger
Di tempat kita duduk inilah, ada orang pernah memberitahu saya bahawa kehidupan harus diteruskan.....Katanya..awak tak boleh bermimpi rindu selalu. Kerana nanti malammu akan jadi penasaran dan terluka. ...Awak tak boleh selalu bernyanyi rindu selalu. Kerana nyanyian rindu adalah bunga semusim dan kadangkala gugur sebelum waktunya.
2003 - SEMPADAN TANPA SERI
Creative Enterprise Sd. Bhd
ISBN 983-893-523-9
Secara keseluruhannya, John Norafizan berjaya menggarap STS setanding atau mungkin melebihi penulis-penulis novel Melayu yang sedia ada. Mengambil kira hakikat bahawa Jurutera Muda ini seperti katanya "tidak pernah terlintas menjadi penulis apatah lagi menulis dalam Bahasa Malaysia"; saya kira STS merupakan satu lagi pembuktian bahawa setiap manusia mempunyai bakat tersembunyi yang mungkin belum dicungkil keluar. Seringkali ia memerlukan secangkir inspirasi dari sumber lain. - ulasan blogger
“...cinta bukan satu paksaan. Memaksa orang untuk membuat apa yang kita mahu bukannya satu cinta, tapi perjanjian yang mengikat kebebasan. Tapi mencintai orang yang tak mahu mencintai kita juga bukan satu kesalahan. Kita tak jatuh cinta dengan orang tu dengan syarat orang tu mesti mencintai kita. Jadi kenapa kita perlu takut untuk jatuh cinta?”
MANCHESTER (Taman Picadilly)
Dinihari ini, Lantai tanah penuh dengan salji memutih,
Dingin yang membeku, Kau bakar dengan panas sinar mata mu,
Dan hati ku mencair di dalam mu...
MERSING (Pelabuhan jeti lama, Ayer Puteri)
Terbang bagai burung, merentas angin di pantai sepi,
Mengejar mentari pagi,
Hingga terlupa luka di hati...