25.09.2008

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Thursday September 25, 2008

Pada hari ini, tentera-tentera Uthmaniyah di bawah penguasa Bayezid 1 telah mengalahkan perikatan tentera salib yang dketuai oleh Sigismund dari Hungary dalam peperangan Nicopolis ataupun ‘Battle of Nicopolis’

Pada hari ini, Viking kehilangan kekuasaannya ke atas tanah Britain

Pada hari ini, kerajaan Barisan Nasional menurunkan harga petrol kepada 10 sen. Aghh sungguh malangnya hari ini…

Tetapi hari ini juga, pada tahun 1976, seorang bayi dilahirkan dengan tanpa susah payah ke dunia ini, bayi yang akan memberikan kebahagiaan kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarganya, bayi yang akan membesar untuk memberi kebahagiaan dan inspirasi melalui karyanya (chewah!)…..

Dan bayi adalah… aku!!!

Penat

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Thursday September 18, 2008

AKu tak tahu.. aku rasa macam dah penat..

Macam dah tak tahu untuk apa aku menulis lagi…

maybe i am just tired of people….

Boleh ke makan katak?

Bloged in sisipan by john norafizan Friday September 12, 2008

Semalam aku tengok The Amazing Race Asia 3 (TARA).

Yang menariknya ada aktress yang aku rasa dikenali sangat-sangat di Malaysia, Ida Nerina.

Tapi yang lebih menarik lagi, tentang salah satu cabaran di dalamnya iaitu makan katak, lipas, kala jengking yang digoreng.

Dan Ida Nerina memakan benda-benda tu…

Tak haram ke?

Harga Minyak sudah turun!!!!!!

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Wednesday September 10, 2008

Dalam keadaan sekarang ini, politikus pro-kerajaan dan non-kerajaan lebih gemar duduk goyang kaki sambil berdebar-debar menunggu tarikh keramat 16 September… jadi atau tak?

Aku harap orang-orang besar ni tak lupa yang harga minyak sudah turun hampir ke paras USD 100 setong (berbanding sehingga USD 146 pada Julai lalu).

Jadi apa rasionalnya lagi menunggu lebih lama untuk menurunkan harga minyak???????????????????????????????????????????

berita harga turun… 

Salam Ramadhan

Bloged in sisipan by john norafizan Monday September 8, 2008

Salam! Salam! Salam!

Sembah syukur pada Tuhan Yang Esa kerana mengurniakan bulan paling mulia ini kepada kita…

Maafkan aku juga kerana sudah agak lama tidak menulis apa-apa di blog ini…

Insya Allah, aku akan mulai menulis dengan lebih aktif lagi selepas hari ini!

sekilas

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Wednesday August 20, 2008

Sekarang otak tengah bercelaru.

 

Penuh keliru.

 

Aku sendiri jadi tidak tahu.

 

Penulisan NOVEL KE 5 ini membawa aku pada kembara yang penuh liku.

 

Mungkin benar, GARIS-GARIS DEJA VU membawa aku jauh ke pintu yang tidak mungkin tertutup seperti dahulu.

 

Aku tidak mungkin dapat kembali pada SEMPADAN TANPA SERI, TUNJUKKAN AKU SATU BINTANG DAN CINDERELLA CINTA lagi. Maafkan aku, maafkan aku…

 

Segala-galanya kini lain.

 

Semakin lain.

 

Ini adalah metamorfosis.

 

Tangga kepada tangga-tangga yang semakin banyak.

 

Aku harap aku tidak tersilap langkah.

 

Lalu terjatuh dan tidak mencapai nirvana.

Terkenang dulu-dulu

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Thursday August 14, 2008

Manis bila teringat zaman persekolahan dulu…

Sekarang, ada yang masih kutemui, ada yang sudah hilang dari muka bumi ini…

Ada yang masih di Malaysia, ada yang bertaburan di empat penjuru alam,

Kenangan itu indah,

Tapi tidak lebih sebagai memori yang tidak mungkin akan dapat diulang semula…

Ulasan: Bohemian

Bloged in ulas buku by john norafizan Tuesday August 12, 2008

Bohemian adalah karya kedua (yang ketiga jika Vendetta, satu daripada 3 cerita dalam novel Gurindam Jiwa diambil kira) penulis berbakat Imaen yang diterbitkan oleh penerbitan Jemari Seni.

Sememangnya aku telah menunggu novel ini sejak membaca Labyrinth lagi. Pada aku, Imaen adalah salah seorang penulis yang memiliki seni penulisan yang lain daripada kebanyakan penulis di Malaysia.

Lalu, bila Bohemian berada dalam tangan dan aku membacanya kali kedua dengan penuh kritis, aku dapat merasakan (seperti telahan ketika membacanya kali pertama) bahawa Imaen cuba lari dari rentak novelnya yang terdahulu. Tidak ada lagi ala-thriller Labyrinth. Atau debaran Labyrinth. Tetapi untuk mengatakan bahawa Bohemian kehilangan identiti ‘kepolisan dan jenayahnya’ berbanding novel terdahulu, ia adalah salah sama sekali. Jenayah itu tetap ada, cerita kepolisan itu ada, tetapi sukar untuk membandingkannya dengan labyrinth.

Bohemian adalah cerita tentang Fadlan yang bertemu dengan Nadira dalam keadaan tidak sengaja. Kedua-dua punya karakter yang berbeza, seorang pemuzik jalanan dan seorang lagi adalah peguam. Seorang kaki rambu, seorang lagi elitis. Pada masa yang sama ada juga cerita tentang Suhaimi yang menyaksikan satu pembunuhan ketika menunggu kekasihnya di taman. Rentetan-rentetan cerita antara Fadlan dan Nadira dan pembunuhan yang disaksikan Suhaimi membentuk cerita Bohemian sehingga ke akhirnya.

Pada aku, Bohemian bukanlah satu cerita yang tidak ada plot. Yang benarnya, Bohemian adalah novel yang mempunyai plot yang tidak linear. Ia penuh dengan sindiran pedas, moment yang manis, dan pengertian berlapis sehingga mungkin ada pembaca yang mengharapkan jalan cerita seperti Labyrinth menjadi sedikit kecewa. Banyak sebenarnya yang ingin disampaikan oleh penulis. Jika membacanya tergopoh-gapah, mungkin pembaca akan ‘tersesat’.

Tapi harus diingat, Bohemian bukan cerita cinta remaja yang santai yang entah apa-apa itu. Bohemian adalah cerita falsafah yang ditulis dalam ruang penceritaan yang santai.

Seperti Aunt Safiyya and the Monastery (Bahaa Taher) dan A River Sutra (Gita Mehta), Bohemian membawa falsafah ketuhanan dan kehidupan yang baik. Bezanya, mesej Bohemian berselindung di sebalik cerita cinta antara Fadlan dan Nadira. Dan inilah yang menjadi kekuatan karya Imaen kali ini.

Tahniah untuk Imaen. Dan kepada peminat novel tanah air, jangan lupa dapatkan novel Bohemian di pasaran.

Buku seterusnya: Bila Nysrah kata tak mahu (Jemari Seni) – Aidil Khalid

Naqiah Khalida – Ku reda atas segala takdir (Must read) – Diya Nordin

To you with love

Bloged in cinta by john norafizan Wednesday August 6, 2008

Satu-satunya sajak yang aku tulis dalam bahasa Inggeris… 

i.
Echo of regrets
In cold but starry nights
Where the promise died
I cried

For youth be taken in hue
Love wrinkled
Wither me in blue
Curled

But winter’s here
Forever
I’ll miss you dear

ii.
If love agrees
I would have bargained
To pave a street made of memories
And bring you back again

But will you be there?
Though I care,
A lover’s due,
Whether with or without you…

Memori pesta buku Selangor 02.08.08

Bloged in pesta buku by john norafizan Monday August 4, 2008

Pesta buku

 

Seronok: Berjumpa dengan penulis dan peminat-peminat novel tanah air.

 

Tak seronok: Ramai yang datang ke kompleks PKNS sekadar tengok-tengok aja!

 

Seronok: Dapat ‘menjejakkan’ kaki ke tempat pengajian lama sebelum berangkat ke UK dahulu

 

Tak seronok: Dah rasa macam kat tempat lain pula, semuanya dah berubah

 

Seronok: Masa yang dihabiskan dari pagi hingga ke petang di pesta buku

 

Tak seronok: Alahai, tak sempat ke MASKARA kerana mahu berkejar balik ke Johor, semuanya gara-gara kereta yang buat hal, temperature kereta naik, temperature aku pun naik!

 

Seronok: Di hantar ke stesen komuter Shah Alam oleh Aidil, penulis buku ‘BILA NYSRAH KATA TAK MAHU’

 

Tak seronok: Ada kemalangan bila motor budak tak cukup umur langgar keretanya, aku pula yang rasa bersalah

 

Seronok: Dapat beli buku, buku, buku dan lebih banyak buku!!!

 

Tak seronok: Satu buku tertinggal dalam bas, sebab masa tu tengah mamai bila sampai di hujung tanah kira-kira pukul 1.45 pagi!

 

Seronok: Terlalu banyak yang seronok, tak sabar menunggu untuk ke pesta buku yang seterusnya

14 queries. 0.286 seconds.
Powered by Wordpress
theme by evil.bert