Boleh ke makan katak?

Bloged in sisipan by john norafizan Friday September 12, 2008

Semalam aku tengok The Amazing Race Asia 3 (TARA).

Yang menariknya ada aktress yang aku rasa dikenali sangat-sangat di Malaysia, Ida Nerina.

Tapi yang lebih menarik lagi, tentang salah satu cabaran di dalamnya iaitu makan katak, lipas, kala jengking yang digoreng.

Dan Ida Nerina memakan benda-benda tu…

Tak haram ke?

Salam Ramadhan

Bloged in sisipan by john norafizan Monday September 8, 2008

Salam! Salam! Salam!

Sembah syukur pada Tuhan Yang Esa kerana mengurniakan bulan paling mulia ini kepada kita…

Maafkan aku juga kerana sudah agak lama tidak menulis apa-apa di blog ini…

Insya Allah, aku akan mulai menulis dengan lebih aktif lagi selepas hari ini!

Sonet lama: revisited

Bloged in sisipan by john norafizan Monday July 14, 2008

Bila melihat pelangi mewarna dada petang di dalam hujan lebat di bawah sinar mentari yang terang, entah kenapa aku tiba-tiba tersadung rindu. Mungkin kerana pelangi itu cukup pantas memikat hatiku. Mungkin juga aku pernah menyaksikan panorama yang sama satu ketika dahulu di suatu tempat yang pernah dan tetap menjadi tempat kesayanganku sampai bila-bila.

Bila bercerita tentang pelangi aku tiba-tiba disentuh satu semangat baru. Bagaikan digaru-garu untuk menjejaki kaki pelangi supaya aku dapat ke langit sana dan terbang bebas bagaikan burung.

Atau setidak-tidaknya mimpiku yang terbang tinggi menjadi kenyataan yang abadi…

Semua orang menginginkan agar impian mereka terlaksana. Semua orang mahu bergembira dan mengharapkan cita-cita mereka terlaksana.

Cuma metoda dan kecapaian mereka yang menjadi pengukur darjah kegembiraan itu. Maksud ku, mereka mungkin mahu menjadi juru terbang, tetapi mereka hanya mampu menjadi peramugara (atau peramugari).. Natijahnya sama tetapi metodanya berbeza.. mereka tetap terbang di atas sana walau dalam bentuk yang berbeza.

Nah! Usah kalian menidakkan suratan.. Kegembiraan itu di mana-mana walau pun jauh terperosok ke lembah bumi..  Di atas sana atau jauh di bawah sini adalah dunia milik Tuhan.. Semuanya milik Yang Abadi. Kita harus bersyukur dan bergembira dengan keaadan kita yang seperti ini.

Dia lebih tahu segala-galanya…

Ah! Celoteh pelangi menjadi berita tentang kehidupan pula! Maafkan aku.. cuma aku tidak dapat tidak terpaksa memberitahu bahawa kita semuanya adalah milik Tuhan. Dan kerana itu, atas segala yang kita lakukan adalah untuk-Nya. Tidak ada kegembiraan yang lebih hakiki dari mendapat redha Ilahi.

Di bawah langit merundum Hujan,

Aku akur bahawa kita cuma peminta,

Secarik bahagia dala sekelumit waktu,

Yang bahagia bukannya sendiri,

tetapi kepuasan dalam membahagiakan orang lain..

Di bawah restu-Nya…

Mungkin juga benar bila kita berusaha dengan kuat, Tuhan akan membalasnya sepadan dengan usaha yang kita taburkan itu. Alhamdulillah jika kita dalam berjaya. Tetapi usah menyalahkan takdir jika segala-galanya bagaikan memusuhi kita.

Siapa tahu nanti, ada lagi kejayaan yang lebih agung untuk kita nikmati?

Ah! Mengelamun lagi tentang kehidupan!!!!

Yang benarnya, aku cuma mahu mengingati diri bahawa suatu hari nanti aku akan berehat dari perjalanan tanpa pasti ini. Bahwa suatu hari nanti, kesan tapak kaki ku akan hilang di bawa angin lalu.. terbang bagai kuntum-kuntum Dandelion dan hilang di padang rumput yang seluas langit biru.

Seperti pelangi, cantiknya yang hanya untuk seketika..

Seperti pelangi, suatu masa akan pergi jua….

Seperti pelangi, aku juga akan menemui Penciptaku,

Seperti pelangi, untuk sekejap cuma…..

Mengingati yang lama

Bloged in penulisan di Malaysia, sisipan, sajak by john norafizan Tuesday June 3, 2008

            Ketika aku kecil dahulu, aku sering mendongak ke atas sana sambil melihat gumpalan awan kumulus berarak perlahan di sebalik wajah langit yang membiru. Bersama teman sepermainan ku, teman rapat ku yang sentiasa bersama-sama ke mana sahaja, kami sering membayangkan bahawa ada negeri lain di balik gumpalan awan tadi – Mungkin sebuah negeri yang penuh dengan pari-pari berterbangan, putera raja yang berkejaran dengan puteri idaman di taman indah atau sahaja peperangan besar yang sedang berlangsung di antara dua raja yang  amat gagah di atas sana!

            Di sebalik awan yang bagaikan kapas putih itu, APIS (entah di mana dia sekarang!) selalu mengatakan bahawa kalau kami sudah cukup pandai, mungkin kami boleh membina sayap-sayap besar dan terbang ke negeri ini. Benar kami tidak pernah berjaya membina sayap-sayap itu sehingga ke hari ini, tetapi aku tetap percaya bahawa suatu hari nanti, kami akan terbang juga ke negeri di balik awan itu!

            Lalu kami cuba memikirkan cara yang lain. Cara yang mudah. Dengan menangkap pepatung (atau sibu-sibu/dragonfly) yang banyak berterbangan di pinggir kali – lalu ekornya kami ikat dengan benang yang di curi dari rumah APIS (Cik Enon, aku minta maaf, aku tidak pernah memberitahu engkau ke mana benang-benang jahitan engkau selalu hilang… mungkin APIS sendiri tidak pernah memberitahu engkau!!).

Dan kemudian, bagaikan layang-layang mekanikal, aku dan APIS akan berlari-lari mengikut ke mana sahaja pepatung ini terbang. Seolah-olah kami sendiri yang sedang berlari-lari di balik awan, di taman kayangan berkejaran dengan puteri impian kami! Ah! Kalau sahaja aku bertemu APIS kini, kami tentu sahaja ketawa mengingati memori bodoh ini!

 

Impian kadang-kadang tidak akan tercapai. Apa yang engkau mimpikan kadang-kadang, akan hanya menjadi kenangan yang manis untuk diingati tetapi mustahil untuk dipenuhi! Tanyalah diri – ketika engkau kecil dahulu, apa yang engkau mahu? Apa yang menjadi impian mu? Adakah kini ia menjadi kenyataan di hadapan mata?

 

Kadang-kadang bila aku berbaring di atas tanah berdebu bersama APIS dahulu, dan ketika perhatian kami tertumpu di atas langit sana, kami akan melihat kapal terbang yang begitu kecil, meluncur ke satu destinasi yang tidak kami ketahui.

Kami sering berbincang, ke arah mana kapal terbang itu pergi. Sekali lagi imaginasi kami berbicara. Bahawa kapal-kapal terbang itu membawa penumpang mereka ke sebuah negeri yang tidak ada kesusahan. Negeri di mana semua orang bergembira. Tidak ada peperangan dan tidak ada tangisan.

Bodoh kah kami berfikiran seperti itu? Dangkal kah fikiran kami kerana memikirkan yang bukan-bukan? Entah! Aku sendiri tidak dapat menjawabnya dan aku pasti kalian juga tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati ku.

Tetapi cuma satu yang aku pasti, kita selalu menginginkan kehidupan yang indah untuk diri kita sendiri. Kita selalu mengimpikan bahawa nasib yang baik akan selalu menemani langkah kehidupan kita. Bukan kah itu naluri semula jadi manusia?

Lalu aku teringat kembali ketika kami bermain polis-pencuri di dalam hutan kelapa sawit di belakang rumah (sebagai mana artikel ku yang terdahulu bahawa aku dibesarkan bersama datuk dan nenek ku di sebuah FELDA), bersama APIS, AZMI (dengarnya dia sudah berkahwin dan mempunyai lima orang anak!), AZLI (kembar AZMI), SALLEH dan MAMAT.

Aku, APIS, SALLEH dan MAMAT yang selalunya menjadi penjahat. Kami akan berimaginasi kononnya kami telah mencuri barangan yang paling berharga di dunia ini dan kamilah penjahat yang paling ditakuti oleh semua orang. Hmmm.. kecuali dua orang polis yang paling hebat di dunia pada ketika itu, iaitu AZMI dan AZLI! (heh!).

Apa yang aku mahu katakan kepada mereka jika aku berjumpa dengan mereka kini ialah betapa tidak berjaya nya aku menjadi penjahat yang di takuti. Bahawa aku tidak dapat terbang dengan sayap besar untuk bertemu dengan raja kayangan dan tinggal di dalamnya.

Cuma yang boleh ku katakan kepada APIS, itu pun jika aku bertemu dengan dia lagi, aku telah menaiki kapal terbang yang kami bualkan dahulu, cuma aku tidak pergi ke negeri yang tidak punya kesusahan. Aku tidak pergi ke negeri yang tidak ada tangisan langsung.

Bahawa aku telah menjadi lelaki dewasa yang sudah tidak percaya dengan mimpi kanak-kanak dahulu. Bahawa aku telah berpijak di bumi nyata yang sudah tidak ada kegembiraan sebagai mana kegembiraan seorang kanak-kanak bila diberikan duit walau hanya sepuluh sen untuk membeli gula-gula! SELAMAT DATANG KE DUNIA ORANG DEWASA!

Tetapi mungkin cuma satu ini sahaja yang boleh ku beritahu kepada APIS, bahawa aku telah “terbang” di atas langit sana walau bukan dengan sayap-sayap pepatung itu. Aku telah merasa betapa dinginnya udara di atas sana.

peti ais! peti ais!

Bloged in idea baru, sisipan by john norafizan Monday May 5, 2008

Aku tak tahu kalau sesiapa rasa apa yang aku rasa, tapi aku rasa cuaca tersangatlah panasnya seminggu dua ini. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab jisim berat aku dah naik mendadak dan banyak sangat lemak yang bergayut kat badan ni. Jadi cuaca yang sebenarnya tak berapa panas tu dah digandakan sepuluh kali bahangnya. Atau memang dah macam tu kalau asyik duduk terperap menulis malam-malam di rumah batu. Bukan ke orang cakap, kalau rumah batu, haba akan diserap pada siang hari dan kemudian haba akan dilepaskan di sebelah malamnya?

 

Itu yang rasa macam dipanggang hidup-hidup dalam periuk tu!

 

Nasib baik aku ni bukan budak-budak kecil yang masih tak ada tanggungjawab menutup aurat lagi. Kalau tak, agaknya aku dah berlari telanjang bulat sambil pegang plastik ABC atau cendol sejuk di tangan. Parah kalau dengan umur sekarang ni aku nak buat macam tu! Dan nasib baik juga aku tak terpengaruh dengan idea nudist/naturist yang ada kat barat tu. Kalau tak… NAUZUBILLAH!

 

Tapi yang benarnya, benda ni memang betul-betul bagi kesan kat aku. Aku tak tahu penulis lain, tapi cuaca dan tahap turun naik merkuri kat termometer itulah yang akan menentukan turun naik mood aku menulis.

 

Macam masa tulis GARIS-GARIS DEJA VU, keadaan cuaca tengah panas membahang itulah yang banyak menaikkan semangat menulis aku. Senang. Ashraf kat Jordan, Nini kat Malaysia. Dua-dua tempat panas. Jadi malam-malam buta dengan peluh mencurah, atau pun waktu tengah hari Sabtu dan Ahad tu, aku terus tulis dan tulis. Tiba part Suraya dan Damien pula, aku berhenti sekejap, tunggu bila cuaca dah sejuk atau ketika hujan turun.

 

Tapi kalau nak tunggu macam tu untuk novel baru ni, jawabnya tak adalah novel kelima aku tahun depan. Kalau takat nak tunggu masa bila hujan atau cuaca sejuk je baru nak menulis, alamatnya memang tak jalan terus. Sebab kali ni, novel baru ni akan dibuat berlatarbelakangkan Jepun. Di pulau paling utara Jepun. Pulau sejuk Hokkaido!

 

Sekarang ni, tahap malas aku memang kronik. Bukan idea tak ada, tapi sebab panas jadi idea tu terus terpeluwap tiba-tiba. Merangkak-rangkak menaip depan skrin komputer.

 

Ada juga niat nak pasang penyaman udara. Tapi bila fikir-fikir, rumah yang aku duduk ni bukan rumah sendiri. Masih lagi rumah sewa. Jadi macam tak berbaloi betul.

 

Nak pindah rumah papan? Entahlah, kat JB ni memang tak ada rumah sewa papan kot.

 

Tapi pada pukul 10 malam (Ahad – sekarang dah pukul 10.14 PM semasa aku menaip ni), aku rasa aku dah dapat idea yang sungguh bernas sekali.  Super cool, budak-budak zaman sekarang kata.

 

Ya. Aku dah fikir masak-masak. Aku rasa aku nak beli peti ais kecil dan kemudian letak dalam bilik tidur. Tu sebenarnya strategi serampang dua mata. Tujuan yang tak berapa utama ialah boleh letak minuman-minuman dalam peti ais tu.

 

Tetapi TUJUAN PALING UTAMA ialah: kalau aku rasa panas dan tak boleh menulis sebab lemak tengah mendidih dalam badan, aku boleh buka pintu peti ais. Boleh jadi portable air-cond tu….

 

Aku rasa memang idea yang bernas dan bagus walaupun terpaksa susutkan duit poket aku bulan ni. Dengan benda-benda yang tak berfaedah langsung sebenarnya.

 

Tak apalah, biarlah TESCO untung sikit. Tak pun duit tu boleh bagi kat GIANT.

 

Asal aku boleh menulis lagi.

Sebab aku memang perlu tulis.

Menulis tentang Akira dan Qistina di Hokkaido…

Tentang strawberi dan coklat…

Yang penuh deja vu!

Bloged in garis-garis deja vu, apa-apa sahaja, sisipan by john norafizan Monday March 10, 2008

Lima hari lagi pelancaran novel Garis-Garis Deja Vu.

 

Tiga hari yang lalu, aku demam teruk. Terkena demam yang punya simptom seperti denggi. Syukur bukan denggi. Hanya seperti denggi. Uhuh! Seolah-olah seperti deja vu!!!

 

Sehari yang lalu, pilihan raya umum yang ke 12. Bersengkang mata sehingga pagi untuk melihat keputusan pilihan raya. Ah! Satu kejutan. Mungkin bagus juga. Sekurang-kurangnya mereka yang merasa diri sudah terlalu kuat akan bermuhasabah seketika untuk merenung apakah kesilapan yang dilakukan. Dan untuk ‘kuasa baru’ yang menang, inilah masanya untuk menunaikan janji-janji yang diberikan. Oh! Oh! Macam deja vu juga!

 

Lagi tiga hari lagi, ada bual-bual bicara dengan radio putera (hari Khamis, 13.03.08). Aku tak tahu apa yang mahu dibualkan. Entahlah. Fikir-fikir, aku bukan pandai sangat berceloteh. Malu ada. Gerun pun ada. Tapi hairan kalau nak difikirkan. Dahulu, aku selalu masuk pasukan bahas dan berpidato di sekolah. Cuma sekarang ni, aku dah jadi jejaka yang pemalu pula! Oh! Deja vu sungguh!

 

Lagi lima hari lagi – 15.03.08 (Sabtu ini!). Tarikh keramat. Garis-Garis Deja Vu akan menemui peminat-peminat novel di Malaysia. Sesuatu yang lain. Sesuatu yang masih belum ada di dalam kebanyakan novel-novel di Malaysia. Cinta metafizik yang Deja Vu…

 

Lagi lima hari lagi. Jumpa anda semua di pelancaran Garis-Garis Deja Vu di ‘The Rain’ di Bangi nanti. Nantikan. Garis-Garis Deja Vu!

 

 

 

 

 

Tidak ada sesiapa yang lain kecuali engkau

Bloged in sisipan by john norafizan Wednesday February 27, 2008
You’re a part time lover and a full time friend
The monkey on you’re back is the latest trend
I don’t see what anyone can see, in anyone else
But you

Here is the church and here is the steeple
We sure are cute for two ugly people
I don’t see what anyone can see, in anyone else
But you

We both have shiny happy fits of rage
I want more fans, you want more stage
I don’t see what anyone can see, in anyone else
But you

You are always trying to keep it real

I’m in love with how you feel
I don’t see what anyone can see, in anyone else
But you

I kiss you on the brain in the shadow of a train
I kiss you all starry eyed, my body’s swinging from side to side
I don’t see what anyone can see, in anyone else
But you

The pebbles forgive me, the trees forgive me
So why can’t, you forgive me?
I don’t see what anyone can see, in anyone else
But you

Du du du du du du dudu
Du du du du du du dudu
I don’t see what anyone can see, in anyone else

But you

Sekilas pandang (bagai deja vu!)

Bloged in pesta buku, sisipan by john norafizan Monday February 25, 2008

Harga Garis-Garis Deja Vu ialah RM22. Dan jika kalian membelinya melalui jualan pos, maka harganya jadi RM19. Memang berbaloi sungguh!

 

Boleh sahaja menekan butang ‘belian online’ untuk Garis-Garis Deja Vu dan juga untuk tiga novel ku yang terdahulu.

 

Oh! Ya, ada yang bertanya sama ada Garis-Garis Deja Vu ini bagus atau tidak. Atau berbaloi untuk dibeli. Hmm… aku tidak boleh bercakap bahawa ia sangat bagus sekali kerana aku yang menulisnya. Jadi, ia mungkin akan menjadi berat sebelah!

 

Cuma yang perlu kalian tahu, aku benar-benar mencurahkan segala-galanya buat Garis-Garis Deja Vu. Dan secara peribadinya, Tunjukkan Aku Satu Bintang telah jatuh ke tangga kedua senarai ‘my favourite novels’ di belakang Garis-Garis Deja Vu…..

 

Sebelum terlupa, Garis-Garis Deja Vu juga sudah dipromosikan secara rasmi di laman web rasmi Jemari Seni

 

Dan pelancaran novel ke-empat ku ini akan diadakan pada 15 Mac 2008.

Dan bertemu dengan kalian semua pada 4 April - 8 April di pesta buku nanti.

 

Jangan lupa menunggu wawancara dengan JN di radio putera pada hari Khamis 13 Mac 2008.

 

Oh! Ya! Sebelum terlupa lagi, aku baru sahaja menyelesaikan ulasan testimonial untuk novel PTS, Cintaku Sakura Putih (Ilham Hamdani) dan satu karya terjemahan Inggeris berjudul “Tunnels” dari PTS Litera… tunggu sahaja ulasannya di akhbar-akhbar dan laman maya mereka….

 

Beribu-ribu lemon

Bloged in sisipan by john norafizan Tuesday January 15, 2008

1. Name one person who made you laugh last night?
Captain Jack Sparrow (Pirates of the Caribbean: At world’s end)

2. What were you doing at 0800?
Beli makanan kat kedai mamak

3. What were you doing 30 minutes ago?
breakfast… early breakfast

4. What happened to you in 2006?
Entah tak ingat. Tak pernah pandang ke belakang! huhuhu

5. What was the last thing you said out loud?
Oh! Ada ke? Saya memang selalu bercakap kuat ke? hehehehe

6. How many beverages did you have today?
Air kosong

7. What color is your hairbrush?
sikat rambut? Biru kot

8.What was the last thing you paid for?
Pagi tadi punya mee hoon la…

9. Where were you last night?
Kat rumah, terbongkang macam kongkang

10. What color is your front door?
Cokelat

11. Where do you keep your change?
Dalam kereta

12. What’s the weather like today?
Alhamdulillah bagus, tak panas tak sejuk.

13. What’s the best ice-cream flavor?
pistachio

14. What excites you?
Banyak lah!

15. Do you want to cut your hair?
Dah potong dua minggu lepas


16. Are you over the age of 25?
Dah pun, tapi orang selalu cakap saya macam muda lagi! Hehehehe…

17. Do you talk a lot?
Tak! Saya seorang yang pemalu

18. Do you watch the O.C.?
Tak

19. Do you know anyone named Steven?
Even Steven?

20. Do you make up your own words?
Tak

21. Are you a jealous person?
Hehehehe…

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’.
Armando

23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
Khairul

24. Who’s the first person on your received call list?
Unfortunately….. my boss!

25. What does the last text message you received say?
Tulisan cina… entah apek mana tersilap nombor hantar kat hp aku!

26. Do you chew on your straw?
Kadang-kadang bila bosan

27. Do you have curly hair?
Tak

28. Where’s the next place you’re going to?
Round and round the buildings (in my workplace)


29. Who’s the rudest person in your life?
Some kids when I was 12

30. What was the last thing you ate?
mee hoon yang aku beli pagi tadi

31. Will you get married in the future?
Takkan nak jadi bujang lapok kot?

32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
The Kite Runner

33. Is there anyone you like right now?
Secret…

34. When was the last time you did the dishes?
Er… er… er…

35. Are you currently depressed?
No

36. Did you cry today?
No

37. Why did you answer and post this?
No particular reason

38. Tag 5 people who would do this survey.
Boleh tak kalau aku nak tag

1.     Bush

2.     Ahmadinajad

3.     Sarkozy

4.     Blair

5.     Bilawal Bhutto Zadari

Ya Allah, selamatkanlah adik Sharlinie!

Bloged in sisipan by john norafizan Friday January 11, 2008

Aku geram betul dengan manusia yang tidak berhati perut yang menculik adik Sharlinie Mohd. Nashar. Mereka ni bukan manusia sebenarnya, tetapi binatang yang bertopengkan manusia. Binatang yang sakit mental dan tak ada otak!

 

Ya Allah! Aku harap adik Sharlinie selamat dan dikembalikan semula kepada keluarganya.

 

Ya Allah! Aku harap penculik adik Sharlinie akan menerima hukuman yang setimpal di atas perbuatan jijiknya.

 

Ya Allah! Aku harap tidak akan lagi ada kes penculikan kanak-kanak (atau sesiapa pun) di Malaysia ku yang tercinta ini.

 

 

18 queries. 0.482 seconds.
Powered by Wordpress
theme by evil.bert