Terima kasih kepada semua

Bloged in garis-garis deja vu, apa-apa sahaja by john norafizan Tuesday July 22, 2008

Garis-Garis Deja Vu telah memasuki cetakan kedua (2nd printing). Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Terima kasih juga kepada semua yang memberikan sokongan atas novel ini.

 

Ehehe.. lepas ni nak mintak tolong korang beli lagi cetakan kedua ni… kalau bukan untuk diri sendiri pun, untuk pakcik makcik, kengkawan, anak keponakan, sedara mara dan sesapa aja yang dijumpai di tengah jalan nanti.

 

Ulasan Garis Deja Vu dari dua sumber

Bloged in garis-garis deja vu by john norafizan Thursday July 10, 2008

Ulasan dari blog Darius:

Uniknya Garis-garis Deja Vu (GGDV) ini ialah kerana ia menggabungjalinkan empat cerita di dalam satu novel. Seperti kata blurb di belakang novel ini: “Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa. Dan satu takdir yang tersimpul mati!” Membaca GGDV mengingatkan Darius sewaktu Darius menonton filem “Cinta” yang merupakan jalinan lima cerita yang meraikan lima dimensi cinta.Darius tertarik dengan kisah GGDV ini kerana penulis telah menerapkan unsur-unsur falsafah menerusi puisi Jalaluddin Rumi. Juga simbolisme-simbolisme yang digunakan oleh John Norafizan mampu memukau pembaca.

Konflik yang menggerakkan kisah ini membuatkan pembaca berfikir - pencarian Ashraf yang membawanya ke padang pasir di Jordan, pencarian Suraya untuk kembali ke pangkal jalan, pencarian Damien yang tiba-tiba keseorangan di dunia ini, dan pencarian Nini yang membawanya berhadapan dengan situasi yang genting tinggi nun di udara!

Walaupun Darius amat berpuas hati dengan GGDV, Darius rasakan yang novel ini mungkin tidak dapat dihargai oleh kebanyakan pembaca yang sudah dilambakkan dengan pelbagai kisah cinta tipikal menerusi novel-novel lain di pasaran. Jika demikianlah halnya, Darius rasa ini adalah suatu kerugian kepada pembaca itu sendiri.

GGDV adalah satu karya di antara beberapa karya yang lari daripada stereotaip kisah cinta biasa. Ya, GGDV masih kisah cinta tetapi ia mengupas cinta kepada Yang Maha Pencipta, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada suami dan cinta yang sejati.

Darius juga tertarik dengan pembahagian bab yang dilakukan oleh penulis, dan juga subtajuk yang diberikan bagi setiap empat bab. Dan subtajuk yang diberikan itu menjadi tema dan intipati empat bab berikutnya. Bila membaca GGDV, terdapat satu mood yang sukar untuk Darius terjemahkan ke dalam perkataan. Mungkin perkataan yang terbaik yang boleh Darius fikirkan ialah “surreal.”

 

Mahu kisah cinta yang offbeat? Mahu kisah cinta yang mengajak kita berfikir? Mahu kisah cinta yang membawa kita hampir kepada kekuasaan-Nya? Tidak perlu pergi jauh, kerana jawapannya ada pada Garis-garis Deja Vu.

Dari teman Facebook:

Salam bro.

Sebelum ni saya tak pernah baca karya bro. Tapi bila dapat email dari mymasjid sebelum pelancaran Garis-Garis Deja Vu..Jatuh cinta terus.Dah baca. Tak tahu nak cakap apa..macam nak nangis pun sebab rasanya inilah novel yang betui2 menepati citarasa saya.

Trasa sesuatu bila membaca puisi Rumi.. Bila kita kenai ramai orang apalagi bukan dari serumpun dengan kita..Terasa trigin sahaja melawat idan mengalami hidup di negara asing. Syria antara tempat yang ingin saya lawati kerna sejarah Islamnya..Ahh terlalu tinggi cita-citaku.. M’sia pun tak abis round lagi..hehe(Terpengaruh dengan ayat2 dlmGDV,bahasa pun saya terperasan ingin menjadi watak di dalam GDV) Bahasa Ibunda yang saudara gunakan membuatkan saya terasa teruja membaca bab demi bab.

Teruskan usaha anda Mr.John! Tak sabar menunggu karya yang seterusnya kalau bleh nak jugak diselitkan puisi yang hebat seperti Rumi..hehe

Nota: ehehe… rasanya tidak ada puisi Rumi dalam novel yang terbaru ini, tetapi mungkin sesuatu yang lebih lain dan power!

Tentang Deja Vu

Bloged in garis-garis deja vu by john norafizan Wednesday July 2, 2008

Ramai orang yang memberitahu bahawa aku sepatutnya memanjangkan lagi cerita di antara Numair dan Nini, watak utama keempat dalam GARIS-GARIS DEJA VU. Cinta ‘pandang pertama’ yang sepatutnya diperhalusi lagi untuk mencapai klimaks yang lebih; atau dalam lain perkataan supaya novel menjadi lebih tebal.

 

Sebenarnya, GARIS-GARIS DEJA VU ada lebih kurang 30 muka surat yang ‘hilang’ bagi penceritaan watak Nini. Tetapi mungkin, dalam konteks keseluruhan isi novel, aku tidak dapat meletakkan bab-bab itu kerana isinya yang tidak relevan dalam penceritaan novel.

 

Perlu diingat, walaupun ada 4 cerita yang berbeza dalam novel ini, tetapi setiap cerita itu saling melengkapi antara satu sama lain. Seperti siang dan malam. Langit dan awan. Memanjangkan satu cerita akan membuang ‘feel’ keseluruhan cerita dan itulah yang cuba aku elakkan.

 

Lagipun, yang paling utamanya, adalah pendekatan spiritual itu sendiri. Aku mahu pembaca (dan yang paling utama aku sendiri!) sedar bahawa definisi cinta yang sebenar adalah cinta kepada Tuhan. Dan cinta kepada Tuhan tidak dapat dihayati dengan indah tanpa pengorbanan.

 

 

 

Ulasan Deja Vu yang terhangat!

Bloged in garis-garis deja vu by john norafizan Monday June 16, 2008

Di ambil dari blog jom novel! Terima kasih Elyza! :) :)
Tajuk : Garis-Garis Dejavu
Penulis : John Norafizan
Harga : 22.00
Muka Surat : 636 m/s
Penerbit : Jemari Seni Publisher
Tahun : 03 / 08
Rating
Pengulas : ***** (memang besh giLe) - WAJIB dimiliki
Kategori : NoveL Berat / Keagamaan / Dewasa

Garis-Garis Déjà vu. Aku betul-betul puas hati baca karya JN kali ni dan pada kali-kali yang sebelumnya juga, karya-karya beliau tidak pernah menghampakan. Memang aku tak akan lengah-lengah nak membeli buku-buku beliau setiap kali diterbitkan (walaupun entah kurun keberapa aku ada masa untuk membacanya).

Seperti biasa, karya-karya JN akan membuatkan pembaca ingin tau lagi dan lagi apakah yang akan terjadi selepas satu-satu bab. Aku sendiri pun berdebar-debar dan sentiasa ingin tau dan tau. Membaca buku setebal 636 muka surat ini sekali-kali tidak membenarkan aku lalai walau sehuruf pun membaca baris-baris ayat, sebab aku tau, aku akan ‘sesat didalam novel’ jika berbuat demikian. Karya-karya JN satu pun tidak ada rongga-rongga kosong sehingga membuatkan pembaca melompat-lompat mukasurat untuk menghabiskan ceritanya. Menakjubkan, aku memang suka giler dengan karya-karya JN. Harap-harap dia buat buku banyak-banyak.

Dalam kesemua novel-novel beliau (kecuali aku belum membaca Cinderela Cinta), semuanya berkaitan dengan keagamaan. Cinta kepada Allah yg hakiki. Begitu juga dalam Garis Garis Deja Vu ni. Cerita tentang cinta hakiki. Kalau dah namanya novel JN, tak sah kalau pengembaraan di sekitar England dan Johor.

Warning jugak ek, novel JN ni agak berat dan sarat dengan pelbagai permasaalahan yang tak berkesudahan. Kalau sapa-sapa yg ada migrain tu, baca la slow-slow.. kang krem otak.

Bila menghampiri babak-babak akhir, aku dpt rasa, cerita ini ialah mengenai pencarian. Sebuah pencarian —

~ Pencarian Cinta Hakiki
~ Pencarian Tuhan
~ Pencarian seorang Anak
~ Pencarian seorang Bapa
~ Pencarian seorang Isteri
~ Pencarian seorang Kekasih
~ Pencarian seorang Pengganas
~ Pencarian seorang Ibu

Seolah-olah pencarian yang tiada kesudahan.. penebusan dosa.

Selain tu.. buku ni menggarap tentang beberapa siri mistik dan mimpi-mimpi aneh serta terjumpanya haiwan-haiwan aneh yang mungkin orang lain tidak terfikir..

Deklamasi sajak Deja Vu?

Bloged in garis-garis deja vu by john norafizan Friday June 13, 2008

Aku sebenarnya memang tidak pandai bersajak. Mungkin tahap malu jika disuruh bersajak tu tebalnya dah berpuluh inci kat muka ni. Seingat aku, kali terakhir aku bersajak dalam tingkatan 4 atau 5 di MRSM dahulu. Hehehe… kalau sekarang ni disuruh bersajak, memang betol-betol macam suruh aku lari keliling kampung tak pakai apa-apa macam budak kecik tu.

 

Aduhai… apa nak buat?

 

TETAPI… buat pertama kalinya dalam masa berbelas tahun ini, aku akan mendeklamasikan sajak dari novel Garis-Garis Deja Vu di malam MASKARA di rumah PENA pada 5hb Julai. Aku masih tak tahu lagi sama ada nak bacakan sebahagian dari perenggan dari GARIS-GARIS DEJA VU atau puisi Numair untuk Nini tu. Ehehe.. apa pun memang menakutkan bila melakukan sesuatu di hadapan rakan penulis dan penggiat-penggiat sastera yang lain.

 

Oh! Ya! Datanglah beramai-ramai untuk membuatkan tempurung lututku menggeletar tahap dewa nanti!

 

Tunggu sahaja pengumuman selanjutnya tentang malam MASKARA ni…

 

P/S: Bukan maskara yang orang pompuan selalu pakai tu tau!

 

Lagi ulasan Garis-Garis Deja Vu

Bloged in garis-garis deja vu, ulas buku by john norafizan Thursday May 29, 2008

Kali ini dipetik dari forum bicaramuslim.com

 

John Norafizan berjaya mengolah cerita dengan baik.

 

Setiap watak dieksplorasi dengan baik walaupun pada mulanya, saya agak sedikit bosan dengan pengolahan cerita Damien, tetapi kemudian baru saya menyedari kenapa pentingnya pengolahan kisah Damien, seorang kanak-kanak kecil yang baru berusia 10 tahun, tetapi matang dari usianya.

Barangkali pengalamannya menimba ilmu di United Kingdom, berhasil dengan keupayaan penulis untuk menggambarkan kawasan-kawasan di sekitar negara Eropah tersebut dengan terperinci (walaupun tidak sebegitu terperinci, tetapi berjaya menghidupkan susana untuk saya).

 

Jalan cerita banyak benar kejutan, tetapi saya benar-benar tertarik dengan pencarian Suraya yang murtad, memeluk agama Kristian dan kemudian menjadi seorang ateis, yang bertemu kemali titik pertemuan dan mencari semula keredhaan Ilahi.

 

Penulis berjaya menyusun peristiwa-peristiwa cerita dengan baik sehingga saya langsung tidak lost track dengan jalan cerita tersebut walaupun setiap bab bermula dengan kisah berbeza. Sungguh saya merasakan karya ini sangat segar sekali, ibarat membaca Surat Ungu Untuk Nuha tulisan Noor Suraya.

 

Saya sendiri hampir ingin menukilkan tulisan Jalaluddin Rumi, seorang ahli sufi kerana betapa halusnya tulisan itu

 

Ketika aku mendengar cerita cintaku yang pertama,

Aku mula mencari engkau,

Tidak tahu betapa butanya aku,

Pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya,

Mereka sudah bersama sejak dari azali lagi

 

Teruja benar saya, barangkali ingin mencari karya penulis yang lain selepas ini.

 

* Terasa kagum saya, menyuntik nafas segar membaca novel Melayu setelah sentiasa kerap memegang buku/novel berbahasa Inggeris

Garis-Garis Deja Vu: Ulasan

Bloged in garis-garis deja vu, ulas buku by john norafizan Wednesday April 23, 2008

Dari Azeel via emel

aku mula membaca karya John Norafizan dengan novel keduanya ‘Tunjukkan Aku Satu Bintang’  dan sesuatu yang berjaya memancing ku untuk menghabiskan novel itu adalah kekuatannya dalam mendalami watak-watak di dalam bukunya dan berjaya menggambarkan peristiwa yang berlaku dengan jelas.

Dan aku juga seolah-olah terkejut dengan kehadiran watak antagonis yang paling terkesan pernah aku temui sepanjang aku membaca novel-novel berbahasa Melayu. Yang aku maksudkan adalah Father Thomas Rodriguez, yang jelas membuat kita rasa gelisah dengan segala tindak-tanduknya yang melampaui batas kemanusiaan. Dan kemudiannya aku semakin teruja untuk mencari novel pertama John, Sempadan Tanpa Seri yang jelas terlalu sukar untuk mendapatkannya. Tanpa aku jangkakan, sebenarnya Father Thomas Rodriguez sudah pun wujud di dalam novel pertama itu.

Cuma watak-watak utama di dalam kedua-dua novel tiada kaitan melainkan watak Asnawi yang jalan takdir hidupnya seiringan dengan watak lelaki keparat itu. Seolah-olah Ilahi sudah menetapkan yang Asnawi perlu ada bagi mengawasi segala tipu daya dan sikap kejam Thomas Rodriguez.

Aku mula mengenali John secara dekat apabila aku mula memberi komentar di blog beliau dan kunjungan balas itu merapatkan kami. Seingat aku, ketika itu beliau masih menulis rangka bagi novel ketiga, “Cinderella Cinta”. Dan sesuatu yang menarik perhatian, John seolah-olah menulis sesuatu yang dekat di hatinya, sama ada mungkin watak-watak itu wujud sepertimana wujudnya Manchester dan Johor Bahru di dalam kesemua novel-novelnya.

Lalu setelah keluarnya novel ketiga itu, aku jadi teruja untuk bertanya, apakah novel seterusnya. Jelas, John menjawab yang dia ingin menyelesaikan apa yang ada seolah-olah tergantung di dalam novel-novelnya. Dan seingat aku sebelum munculnya ‘Garis-garis Deja vu’ di pasaran, aku yang jelas sudah tidak sabar menunggu bertanya apakah latar belakang novel terbarunya itu. Dan aku begitu terkejut, bila dia mengatakan novel ini masih berkisar tentang Father Thomas Rodriguez lagi!

Seperti novel-novel terdahulu John, dunia seperti tidak lagi aku hiraukan lagi dan untuk ‘Garis-garis Deja vu’, aku hanya memerlukan kurang lebih 4 jam untuk menghabiskan bacaan. Dan aku membuat kesimpulan begini : John akhirnya berjaya menamatkan satu trilogi penulisan yang mungkin sudah dirangkanya sejak awal lagi dengan penuh bergaya.

Sesuatu yang menarik dalam ketiga-tiga novel ini, walaupun mempunyai jalan cerita dan watak-watak yang berlainan, namun kesemuanya menemukan kita pada satu titik permulaan yang nyata. Semuanya menjerumuskan pembaca untuk memahami dan mengenali watak Father Thomas Rodriguez dengan lebih terperinci.

Hubungannya bukan hanya beberapa watak-watak utama masyarakat Malaysia (di England) tetapi di dalam ‘Garis-garis Deja vu’, kebinasaannya itu melepasi sempadan dan bersifat antarabangsa.

Bagi sesiapa yang belum lagi membaca karya-karya John, kamu masih lagi boleh membaca novel terbarunya ini tanpa merasa ketinggalan kerana masih tidak membaca karya-karya terdahulu. Setiap novelnya berdiri tersendiri di atas watak-watak yang ada. Dan aku pasti jika sesiapa yang mula mengenali John apabila membaca ‘Garis-garis Deja vu’, pasti akan mencari ‘Tunjukkan Aku Satu Bintang’ dan ‘Sempadan tanpa Seri’.

Mengulas kepada ‘Garis-garis Deja vu’ banyak unsur-unsur baru yang diceritakan oleh John.

Bukan sahaja soal percintaan yang lain dari cinta yang pernah kamu temui dari penulis-penulis yang lain. Cinta terhadap Tuhan itu dinyatakan dalam watak Suraya yang sudah kehilangan arah dalam mencari kebenaran dan kekuasaan Ilahi. Tentang seorang Muslim yang telah lama murtad atas nama cinta, dan terus beralih kepada Kristian, seterusnya hilang punca lalu menidakkan kuasa yang Maha Esa.

Dan dari penceritaan secara monolog yang disampaikan oleh John, kita akan merasakan bagaimana resah gelisahnya seorang manusia yang hanya memikirkan tentang keresahannya tanpa sebarang kepercayaan. Kerana beberapa rentetan yang berlaku di sepanjang hidupnya, dia kini dalam kesesatan.

Cinta juga menjadi persoalan utama bagi watak Ashraf yang terhimpit dengan kisah cintanya di masa lampaunya yang membuatnya rasa cukup bersalah dan cuba menebus semua kesilapannya dalam menangani permasalahan perkahwinan pertamanya dahulu.

 Maka bermulalah pengembaraan Ashraf ke tanah tandus kering bumi Jordan untuk mencari kepastian dan jawapan atas segala teka-teki atas nasib bekas isteri pertamanya yang ditinggalkannya. Bagaimana kesalnya dia melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah.

Cinta yang terlarang yang menjadi kekesalan yang besar oleh seorang isteri juga menjadi inti pati Garis-garis Deja vu . bagaimana rasa kekesalan kerana berlaku curang membuatkan seorang isteri mencari si suami yang entah menghilang ke mana.

Dan bagaimana cinta itu sendiri tidak mengenal batasan bangsa apabila Nini dan Numair dipertemukan dalam satu situasi yang penuh ketegangan akibat keganasan antarabangsa yang semakin menular di zaman ini. Begitu unik cinta yang terlahir begini, dan bagaimana dilema Nini yang tidak mampu membalas cinta itu kerana dia sendiri belum pasti tentang untung nasib diri sendiri dan bayi dalam kandungannya.

 Dan perlu aku tabik kepada John kerana hubungan Nini dan Numair ini adalah kekuatan bagi novel ini dan aku menghayati gerak rasa cinta tanpa suara yang harus tunduk kepada keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.

Terlalu sarat John mencipta kisah-kisah cinta dalam ‘Garis-garis Deja vu’.

kisah anak kecil berusia 10 tahun, Damien yang terlalu mengharapkan kasih sayang ibu yang sedang koma di hospital dan perhatian ayahnya yang telah menghilang diri. Dan atas dasar mencari belaian ibu dan ayahnya, Damien dan Jenny telah mencari jalan untuk menjejaki ayahnya.

Bukan sahaja watak Damien ini sahaja, kita juga dipersembahkan dengan watak Sulaiman yang turut mencari ayah kandungnya yang tidak pernah dia temui seumur hidup selepas Ashraf diwasiatkan oleh datuknya untuk membantu anak malang itu. Dan sesungguhnya pelbagai bentuk cinta yang tersurat di dalam ‘Garis-garis Deja vu’ dan setiap satunya mempunyai kekuatan sendiri. Dihuraikan dengan begitu teliti dan hidup.

Apa kekuatan novel ‘Garis-garis Deja vu’? aku kira, secara dasarnya, penceritaannya adalah elemen kekuatan yang utama. Kisah-kisah yang berlaku di dua benua, tiga negara digarap begitu baik dengan setiap watak utama berpeluang bercerita secara monolog tentang apa yang difikirkan, apa yang dirasakan.

Ashraf, Nini, Damien dan Suraya menunjangi keseluruhan cerita dalam novel ini, dibantu dengan kehadiran watak-watak sokongan yang menguatkan penceritaan itu. Dan dengan beberapa persoalan cinta berjalan serentak, kita jadi tidak bosan dan tidak sabar untuk mengetahui peristiwa yang akan terjadi.

Dan yang paling mendebarkan apabila peristiwa ketika di dalam pesawat yang aku kira sesuatu yang terlalu baru dalam penulisan novel di Malaysia. Mungkin agak berlebihan jika aku katakan John sudah mencapai tahap novel antarabangsa, tetapi babak-babak itu cuma hanya akan kita jumpa di dalam novel-novel ciptaan Robert Ludlum atau Tom Clancy.

Seperti yang aku perkatakan tadi, pelbagai kisah cinta dipersembahkan. Tidak seperti novel-novel lain yang hanya memusatkan perhatian pembaca kepada satu kisah cinta utama sahaja, novel ini sebaliknya memperkenalkan beberapa kisah cinta yang berkisar tentang cinta dan kerinduannya, tentang cinta dan pengorbanannya serta cinta dan pencariannya.

Jangan pula pembaca mengharapkan adanya ungkapan-ungkapan cinta yang terlalu melankolik, ianya sukar untuk kamu cari dalam novel ini. Kisah di mana kita diajak untuk berfikir betapa realiti dalam bercinta itu adalah sesuatu yang harus difahami dan dikupaskan secara ilmiah. Ini adalah kekuatan kedua yang harus ditimbangkan untuk membezakan penulisan John yang begitu kreatif.

Kesinambungan kisah ini yang bermula dan berlaku di sekitar Manchester semenjak wujudnya Father Thomas Rodriguez di sana dalam ‘Sempadan Tanpa Seri’, hingga membawa kepada pengembaraan Ashraf yang cuma pertama kali menjejak kaki di bumi Inggeris, merupakan kekuatan ketiga novel ini. Dan bagi aku yang mengikuti novel-novel terdahulu, ini merupakan pengembaraan terakhir yang harus ditempuhi.

Makanya, ikatan antara ‘Sempadan Tanpa Seri’ dan ‘Tunjukkan Aku Satu Bintang’  dipererat lagi dengan munculnya ‘Garis-garis Deja vu’. Ini aku namakan keseronokan dan keterujaan apabila membaca, seperti mana berlaku kepada peminat setia siri ‘Harry Potter’. Kekuatan yang hanya akan dirasakan oleh pengikut setia John Norafizan dan akan turut dirasai oleh peminat-peminat barunya nanti.

Secara keseluruhan, ‘Garis-garis Deja vu’ membawa kita mengembara ke seluruh pelosok dunia, mengenali kebudayaan yang wujud di merata dunia. dan ianya bukan hanya menghasilkan unsur cinta yang berbeza, juga mempunyai unsur mistik yang membawa kita menyedari yang setiap apa yang berlaku itu sesungguhnya adalah di bawah kekuasaan Nya. John masih lagi mahu membuka mata kita tentang konsep mengenali Allah dengan sudut pandangannya yang penuh firasat.

Tahniah atas kejayaan ini, dan teruslah melahirkan sesuatu yang berbeza dan tidak terbelenggu dengan penulisan arus perdana.

 

Nota: Azeel telah menutup blognya – datang dan menghilang. Kata Azeel, ada sesuatu yang hilang sehingga tidak mampu menulis lagi. Tetapi sebelum itu dia telah berjanji untuk mengulas Garis-Garis Deja Vu dan petang semalam, dia menghantar ulasan ini

YM Deja Vu

Bloged in garis-garis deja vu by john norafizan Wednesday April 16, 2008

Saudara Azeel adalah reviewer untuk buku Cinderella Cintaku, reviewnya digunakan untuk laman web ini. Namun apa yang membuatkan hatiku berasa teruja dan takut pada masa yang sama adalah kerana expectation nya. Langkahku dalam bidang penulisan ini masih lagi jauh. Amat jauh. Dan tanpa sokongan teman-teman dan peminat novel Melayu, aku kira, aku sudah ‘bungkus’ tiga tahun yang lalu…

Dan ini sebahagian dari isi YM itu:

enazeel: salam john. sori … mingu lps aku outstation …tak dpt jenguk kau di pesta buku

john_norafizan: salam.. no problem

enazeel: btw … aku dah baca garis-garis dejavu …

john_norafizan: oh yer ker? erm… ok ker?

enazeel: dan kau betul2 buat aku tak boleh letak novel kau tu

john_norafizan:

john_norafizan: aku amek cabaran ko sebenarnyer

enazeel: 4 jam aku habiskan

john_norafizan: in a way, ko yang buat aku mulakan deja vu

enazeel: mmg cantik … kali ni teratur jalan cerita kau

john_norafizan: thanks… syukur

enazeel: dan aku rasa takde subplot yg merapu2 …

enazeel: semua watak yg kau ceritakan mmg kau perhalusi

enazeel: cuma aku nak pesan kau satu sahaja …

john_norafizan: ok aper dier?

enazeel: next novel, kau kena start dgn satu trilogi baru ..

enazeel: actually, bagi org yg ikut novel kau, novel baru kau tu satu keterujaan yg berterusan … sebab kau akhirnya selesaikan trilogi kau tu

enazeel: aku takut kalau kau teruskn dgn cerita dgn latarbelakang yg sama … pembaca baru kau jadi sesat

enazeel: faham maksud aku kan?

john_norafizan: ya… aku memang benar-benar dah tinggalkan trilogi ’sempadan tanpa seri ni’

enazeel: mulakan trilogi baru utk novel akan dtg

enazeel: btw … aku kira kau dah leraikan semuanya …

enazeel: dan aku rasa kau dah letak satu dasar kukuh kalau kau nak sambung lagi sbnrnya …

enazeel: watak2 kanak2 yg sekian lama kau cipta .. boleh diteruskan …

john_norafizan: ok

enazeel: mana tau kau ada idea utk gabungkn mereka dan buat satu siri novel adventure utk kanak2

john_norafizan: hehe.. itu yang aku fikirkan tapi buat masa sekarang nanti dulu

enazeel: lagipun watak2 kanak2 tu semuanya di manchester, england … cukup sesuai utk something mcm harry potter, narnia

john_norafizan:

enazeel: aku kira kau dah mengatasi RAM … sbb aku habiskn novel kau …. novel dia aku baru baca bab2 awal saja

enazeel: kau tak nak buat skrip filem?

john_norafizan: belom lagi walaupun aku memang berniat ke arah tu

john_norafizan: Insya Allah kalau aku benar-benar dah dapat bertapak dalam bidang penulisan aku akan buat projek lain pula

john_norafizan: aku nak kecilkan jurang antara sastera popular dan sastera ’sastera’

enazeel: kau ada cerita hebat … dan kalau digabungkn ketiga2 trilogi tu, kau boleh buat satu filem hebat … cerita ttg paderi gila tu

enazeel: susah john … tak ramai penulis popular yg mcm kau … ***************** kau lain … kau menulis kerana kau mengembangkan apa yg mahu kau tuliskan

john_norafizan: aku tahu tapi seseorang mesti mencuba, kan?

enazeel: aku sbnrnya sudah jrg beli buku … sebab sejak setahun dulu, setiap 4,5 buku yg dibeli, cuma satu saja yg bermutu

john_norafizan: i see..

enazeel: kau tau kenapa aku suka baca tulisan kau? kau berani menulis sesuatu yg berbeza

enazeel: dan cerita kau lebih terbuka. mereka yg lain, menulis ttg cinta yg mudah

john_norafizan: itu satu penghargaaan azeel.. timer kaseh

enazeel: maaf, aku dah lupa nama2 watak dlm novel kau, tapi cinta yg kau cipta di padang pasir itu sesuatu yg mengharukan.

john_norafizan: cerita ashraf…

enazeel: antara tebusan dan pengganas … dlm satu dimensi baru.

john_norafizan: oh.. yang itu nini dan numair

enazeel: maksud aku isteri ashraf tu … dan pemuda palestin tu

john_norafizan: yeap

enazeel: itu kekuatan novel kau kali ini

enazeel: dan pengalaman ashraf itu tercipta bila kau mahu memperkembangkan cerita2 di manchester ..

enazeel: dan yg baru dan menarik bagiku adalah tentang nini dan numair .. kalau la kau boleh bercerita ttg saat-saat terakhir mereka …

enazeel: saat-saat terakhir mereka kau cuma ceritakan melalui watak ketiga …

enazeel: itu yang aku kesalkan sedikit … kau tau, bila kau sampai ke tahap itu, aku sudah merasakan helaian novel semakin menipis .. sebab masa tu aku mau ttg mereka

enazeel: tapi takpe john … novel kau mmg bagus

enazeel: skjap … aku ada meeting ni

john_norafizan: ok

john_norafizan: nanti sambung

Pesta buku vol 2

Bloged in Uncategorized, pesta buku, garis-garis deja vu by john norafizan Friday April 11, 2008

Sembah dan syukur pada Tuhan yang Esa…

Alhamdulillah! Pesta buku kali ini memang benar-benar terkesan di dalam hati. Garis-Garis Deja Vu mendapat pujian dan respons yang benar-benar positif. Dan kini aku mendapat tahu bahawa CINDERELLA CINTA telah dinobatkan sebagai novel terbaik Creative Enterprise untuk 2007.

Walaupun sekadar menduduki tempat ke 5 (berbanding TUNJUKKAN AKU SATU BINTANG - tempat pertama), aku masih lagi gembira. Karya ku tetap diterima dan kualitinya masih lagi terjaga. Itulah yang paling penting sekali.

Tetapi yang benarnya, aku gembira kerana aku sudah meninggalkan penerbitan lama dengan karya-karya yang berkualiti. Itulah yang manis.

Kini aku akan melangkah dengan lebih jauh lagi. Dengan lebih laju lagi. Ku kira masanya telah tiba. Dan GARIS-GARIS DEJA VU adalah tangga pertama. Aras pertama untuk buku-buku yang seterusnya.

Selamat datang ke dunia John Norafizan yang baru!

NOTA: GAMBAR-GAMBAR PESTA BUKU SUDAH DIUPDATE! Klik di

bawah chat box pada menu ‘galeri foto’ sebelah ‘puisi sendu’

4 hari lagi dan 4 perkara

Bloged in pesta buku, garis-garis deja vu, apa-apa sahaja, idea baru by john norafizan Tuesday April 1, 2008

1. Takziah kepada Allahyarhamah YUSNI JAAFAR yang telah pulang ke pangkuan Tuhan Yang Esa pagi tadi. Semoga rohnya akan ditempatkan di kalangan ruh-ruh orang yang beriman. Dan kepada yang masih hidup, sama-samalah kita sedekahkan sekurang-kurang Al-Fatehah untuk beliau… Al-Fatehah!

2. Terima kasih kepada April Snow, Ulat buku dan penulis yang semakin terkenal Manjlara kerana telah memberikan maklum balas (YANG POSITIF) tentang karya terbaru ku GARIS-GARIS DEJA VU. Beberapa perenggan yang diambil dari mereka adalah:

manjlara:

GGDV ialah sebuah novel yang mengisahkan tentang empat watak utamanya, Damien, Asyraf, Suraya dan Nini/Numair. Perasaan saya tika di awal pembacaan; saya ingin segera mengetahui penamatnya. Dan apabila tiba di penghujung bacaan, saya bagaikan ingin berhenti sejenak dan memperlahankan bacaan kerana seolah-olah ’sayang’ untuk ‘berpisah’ dengan watak-watak utamanya ini.

Ulatbuku:

Malah pada aku GGD ini lebih berbisa jika dibandingkan dengan Cinderella Cinta

April Snow:

4.5 Bintang………..

baru selesai mentelaah karya terbaru JN ni………perrghhh …tapi mmg muahhhh

buat John, karya anda kali nie mmg istimewa sekali…bagi haku yg sudah membaca kesemua karya terdahulunya, GGDJV memperlihatkan kematangan John berkarya…dan haku kira antara kesemua karya beliau, naskhah ni boleh diangkat sebagai karya terbaik JN…congrats sekali

Aku memang berdebar menunggu reaksi semua rakyat Malaysia yang membaca novel tempatan tentang GGD. Jika GGD diterima, aku benar-benar gembira.

Dan oh! Ya… kepada yang tidak mahu mengetahui ceritanya sebelum membeli GGD, usah klik pada review sama ada di alamat dibawah ini atau digambar GGD… tapi yang tidak kesah pada spoiler…. (bak kata Nabil dalam Raja Lawak) Lu pikir la sendiri! eheheheh

P/S: Buat April Snow, tanah ratu memang meninggalkan kenangan manis ehehehe.. tapi untuk novel seterusnya, tanah ratu akan ditinggalkan… mari kita sama-sama pergi ke negara matahari terbit pula!!!

3. Ini adalah jadual bertugas penulis-penulis Jemari Seni! Jangan lupa berkunjung ke sana!

4. Jumpa anda di pesta buku nanti!

16 queries. 0.523 seconds.
Powered by Wordpress
theme by evil.bert