Mistik yang menggangu

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Tuesday November 18, 2008

Aku tak tahu kenapa tapi tadi malam aku bermimpi gigi aku patah… bukan satu, bukan dua tetapi tiga sekaligus!

Adakah itu petanda atau mainan tidur yang nakal? Kata orang, jika mimpi gigi patah, ada orang yang disayangi akan pergi meninggalkan kita…
Kali terakhir aku bermimpi gigi patah adalah ketika datuk ku meninggal dunia… malam sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.

Mungkin hanya kebetulan…

ON THE OTHER NOTE, entri ku dalam blog rasmi tidak ditujukan pada bos-bos di JEMARI SENI.

Pada aku, kak yah, kak su dan abang Rosdi adalah yang paling best sekali :) :)

Tidak. Aku mengumpat sistem pengedaran di Malaysia, tetapi bukan penerbit aku yang kool…

Berantakan

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Saturday November 15, 2008

Salam,

Maafkan.. rumah ku ini sudah jadi macam rumah tinggal….

Cuma mahu memberitahu kepada sesiapa yang cuba meletakkan komen tetapi tidak berjaya… ada masalah pada wordpress ku.. mungkin aku akan terus menghilangkannya dari aplikasi sehingga diberitahu,,,,

Putus cinta?

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Monday November 3, 2008

rasanya seperti sirih yang pulang ke ganggang.. uhuhu..

Lama sudah tidak menulis di sini… dan sebenarnya jika tidak kerana janji kepada seorang rakan penulis yang amat aku hormati di Kuala Lumpur lewat hari Sabtu yang lalu, mungkin aku masih lagi bertapa di ‘gunung ledang’

Ramai orang bertanya, mengapa aku menyepikan diri, ada masalah keluarga ke? masalah kerja? ATAU PUTUS CINTA?

ehehe.. sukar untuk menjawab soalan ini, mungkin semuanya, mungkin salah satu aja.. tapi walau apa pun, aku tahu, hidup mesti terus…

P/S: ini adalah warm-up kepada posting-posting yang akan datang!

25.09.2008

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Thursday September 25, 2008

Pada hari ini, tentera-tentera Uthmaniyah di bawah penguasa Bayezid 1 telah mengalahkan perikatan tentera salib yang dketuai oleh Sigismund dari Hungary dalam peperangan Nicopolis ataupun ‘Battle of Nicopolis’

Pada hari ini, Viking kehilangan kekuasaannya ke atas tanah Britain

Pada hari ini, kerajaan Barisan Nasional menurunkan harga petrol kepada 10 sen. Aghh sungguh malangnya hari ini…

Tetapi hari ini juga, pada tahun 1976, seorang bayi dilahirkan dengan tanpa susah payah ke dunia ini, bayi yang akan memberikan kebahagiaan kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarganya, bayi yang akan membesar untuk memberi kebahagiaan dan inspirasi melalui karyanya (chewah!)…..

Dan bayi adalah… aku!!!

Penat

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Thursday September 18, 2008

AKu tak tahu.. aku rasa macam dah penat..

Macam dah tak tahu untuk apa aku menulis lagi…

maybe i am just tired of people….

Harga Minyak sudah turun!!!!!!

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Wednesday September 10, 2008

Dalam keadaan sekarang ini, politikus pro-kerajaan dan non-kerajaan lebih gemar duduk goyang kaki sambil berdebar-debar menunggu tarikh keramat 16 September… jadi atau tak?

Aku harap orang-orang besar ni tak lupa yang harga minyak sudah turun hampir ke paras USD 100 setong (berbanding sehingga USD 146 pada Julai lalu).

Jadi apa rasionalnya lagi menunggu lebih lama untuk menurunkan harga minyak???????????????????????????????????????????

berita harga turun… 

sekilas

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Wednesday August 20, 2008

Sekarang otak tengah bercelaru.

 

Penuh keliru.

 

Aku sendiri jadi tidak tahu.

 

Penulisan NOVEL KE 5 ini membawa aku pada kembara yang penuh liku.

 

Mungkin benar, GARIS-GARIS DEJA VU membawa aku jauh ke pintu yang tidak mungkin tertutup seperti dahulu.

 

Aku tidak mungkin dapat kembali pada SEMPADAN TANPA SERI, TUNJUKKAN AKU SATU BINTANG DAN CINDERELLA CINTA lagi. Maafkan aku, maafkan aku…

 

Segala-galanya kini lain.

 

Semakin lain.

 

Ini adalah metamorfosis.

 

Tangga kepada tangga-tangga yang semakin banyak.

 

Aku harap aku tidak tersilap langkah.

 

Lalu terjatuh dan tidak mencapai nirvana.

Terkenang dulu-dulu

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Thursday August 14, 2008

Manis bila teringat zaman persekolahan dulu…

Sekarang, ada yang masih kutemui, ada yang sudah hilang dari muka bumi ini…

Ada yang masih di Malaysia, ada yang bertaburan di empat penjuru alam,

Kenangan itu indah,

Tapi tidak lebih sebagai memori yang tidak mungkin akan dapat diulang semula…

Terima kasih kepada semua

Bloged in garis-garis deja vu, apa-apa sahaja by john norafizan Tuesday July 22, 2008

Garis-Garis Deja Vu telah memasuki cetakan kedua (2nd printing). Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Terima kasih juga kepada semua yang memberikan sokongan atas novel ini.

 

Ehehe.. lepas ni nak mintak tolong korang beli lagi cetakan kedua ni… kalau bukan untuk diri sendiri pun, untuk pakcik makcik, kengkawan, anak keponakan, sedara mara dan sesapa aja yang dijumpai di tengah jalan nanti.

 

My muse

Bloged in apa-apa sahaja, iklan buku baru by john norafizan Friday July 18, 2008

Aduh! Pening kepala. Agaknya sebab pergolakan politik yang memeningkan kepala buat aku pening kepala.

 

Sebab itu, seminggu dua ini, aku tidak dapat menulis dengan baik. Sudah kehilangan mood. Hilang arah.

 

Aku perlukan satu ‘miracle’ untuk mengubah kemalasan tahap dewa ini.

 

Mungkin agaknya aku harus pergi ke pulau terpencil dan bertapa sehingga novel kelima ini siap.

 

Bercakap tentang novel ini, ia adalah novel paling ‘ambitious’ yang pernah aku lakukan. Lebih daripada TUNJUKKAN AKU SATU BINTANG. Lebih daripada GARIS-GARIS DEJA VU.

 

Aku cuma berharap, ia akan dapat diterima sebaik-baiknya oleh peminat novel berbahasa Melayu di Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

16 queries. 0.314 seconds.
Powered by Wordpress
theme by evil.bert