Malam suram di perhentian kereta api Moscow
Adakah engkau faham makna kesetiaan itu?
Atau hatimu telah membeku dan tidak kenal lagi dengan rindu?
Jika itu yang benar-benar tersirat,
maka aku tidak mampu berbuat apa-apa lewat kereta api yang sarat,
Katamu, engkau mahu pergi jauh-jauh dari kesejukan salju,
mencari musim panas dan hari yang baharu,
Lalu engkau tinggalkan aku dalam dingin siang,
tanpa kicau burung yang riang,
Aku kira takdir kita memang tidak akan bersatu,
Cuma aku yang terlalu keliru dan buntu,
Biarkan malam di Moscow diselimuti luka,
Kerana aku tahu… bahawa kau yang akan akhirnya ditimpa duka!