Lagi ulasan Garis-Garis Deja Vu

Bloged in garis-garis deja vu, ulas buku by john norafizan Thursday May 29, 2008

Kali ini dipetik dari forum bicaramuslim.com

 

John Norafizan berjaya mengolah cerita dengan baik.

 

Setiap watak dieksplorasi dengan baik walaupun pada mulanya, saya agak sedikit bosan dengan pengolahan cerita Damien, tetapi kemudian baru saya menyedari kenapa pentingnya pengolahan kisah Damien, seorang kanak-kanak kecil yang baru berusia 10 tahun, tetapi matang dari usianya.

Barangkali pengalamannya menimba ilmu di United Kingdom, berhasil dengan keupayaan penulis untuk menggambarkan kawasan-kawasan di sekitar negara Eropah tersebut dengan terperinci (walaupun tidak sebegitu terperinci, tetapi berjaya menghidupkan susana untuk saya).

 

Jalan cerita banyak benar kejutan, tetapi saya benar-benar tertarik dengan pencarian Suraya yang murtad, memeluk agama Kristian dan kemudian menjadi seorang ateis, yang bertemu kemali titik pertemuan dan mencari semula keredhaan Ilahi.

 

Penulis berjaya menyusun peristiwa-peristiwa cerita dengan baik sehingga saya langsung tidak lost track dengan jalan cerita tersebut walaupun setiap bab bermula dengan kisah berbeza. Sungguh saya merasakan karya ini sangat segar sekali, ibarat membaca Surat Ungu Untuk Nuha tulisan Noor Suraya.

 

Saya sendiri hampir ingin menukilkan tulisan Jalaluddin Rumi, seorang ahli sufi kerana betapa halusnya tulisan itu

 

Ketika aku mendengar cerita cintaku yang pertama,

Aku mula mencari engkau,

Tidak tahu betapa butanya aku,

Pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya,

Mereka sudah bersama sejak dari azali lagi

 

Teruja benar saya, barangkali ingin mencari karya penulis yang lain selepas ini.

 

* Terasa kagum saya, menyuntik nafas segar membaca novel Melayu setelah sentiasa kerap memegang buku/novel berbahasa Inggeris

Bila dan di mana?

Bloged in sajak by john norafizan Monday May 26, 2008

Aku mencintai engkau sejak dari kecil

Ketika kita bermain dalam hujan

Dan gembira melihat bintang,

Aku mencintai engkau sejak dari senyuman pertama itu,

Ketika kita terjatuh,

Dan engkau tertawa dan tersenyum,

Aku sendiri sudah terlupa,

Sejak bila aku mencintai engkau,

Kerana apa yang aku tahu,

Aku telah mencintai engkau sejak daripada azali lagi

Maafkan aku Terry, tetapi terima kasih!

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Thursday May 22, 2008

Manchester United telah memenangi kejuaraan liga juara Eropah musim 2007/2008.

Terima kasih kepada John Terry yang tergelincir dan seterusnya membuat sepakan penalti yang kelakar tersasar.
Dah tak ada lagi apa-apa di televisyen yang boleh membuatkan aku ketagih untuk menonton TV…. mungkin ada baiknya aku memotong sekejap siaran astro.
it’s time to start writing again ehehehe

NOVEL JN KE 5

Bloged in Uncategorized by john norafizan Wednesday May 21, 2008

Aku sekarang ni sudah memulakan penulisan novel ke 5. Pening! Pening! Sebab virus malas yang telah menebal setinggi 10 inci ni memang susah nak dibuang. Mungkin aku terpaksa menggunakan clorox bleach untuk membuangnya jauh-jauh supaya aku jadi rajin semula.

 

Masa pesta buku yang lalu, ada dua tiga orang yang datang dan bertanya, kenapa asyik-asyik Manchester. Kat sini aku akan beritahu. Nombor satu, aku ni sebenarnya perasan nak jadi macam penulis cerita hantu Stephen King. Dia kan selalu tulis berlatar belakang bandar Maine di USA. Jadi aku sebenarnya nak buat trademark macam tu juga. Ehehehe… jadi bila orang ingat John Norafizan, dia orang akan ingat Manchester. Ingat Manchester, ingatlah John! (Chewah! Perasan pula aku!)

 

Yang kedua, novel-novel tu sebenarnya adalah trilogi tidak rasmi. Jadi secara logiknya, Manchester memang kena ada untuk merelevankan penceritaan. Walaupun Cinderella Cinta (novel ke 3) tidak termasuk dalam kanun trilogi Sempadan Tanpa Seri – Tunjukkan Aku Satu Bintang – Garis-Garis Deja Vu, watak Asnawi dan Daniel masih ada dalam novel ke 3 tu, dan amat penting pada ‘rahsia’ Lara Mia, watak utama dalam novel tu sehingga tidak dapat tidak, Manchester harus dijadikan latar sampingan di samping pergunungan Pakistan dan Pasir Gudang di Malaysia.

 

Tetapi jangan takut, kali ini, untuk novel ke 5 ini nanti, pembaca akan dihidangkan dengan latar penceritaan di pulau sejuk Hokkaido di Jepun. Dan yang lebih penting, TIDAK AKAN ADA sebarang watak-watak dari novel ku yang terdahulu. Semua watak-watak adalah ‘independence’ daripada 4 novel yang terdahulu.

 

Apa pula cerita novel yang ke 5 nanti?

 

Ehehe… Itu rahsia, walaupun sudah ada beberapa orang yang mengetahuinya. Tetapi ceritanya memang ‘best’ dan lain dari cerita terdahulu! Cerita yang ‘intrigue’ dan penuh misteri.

 

Seperti Garis-Garis Deja Vu?

 

Tidak. Tidak. Tapi memang lain la… ehehehe

 

Dan aku harap, dapat lagi berlawan tulis-tulis dengan penulis tersohor Ebriza Aminuddin..

 

Ulasan: Ungkapan Rahsia Hati

Bloged in ulas buku by john norafizan Monday May 19, 2008

Ungkapan Rahsia hati adalah tajuk buku yang diterbitkan oleh penerbitan Fajar Pakeer hasil karya pertama penulis bernama Puteri Imaneisya (PI).

 

Ia mengisahkan tentang gelora kehidupan dan percintaan watak protagonis novel ini, Nurul Izzah. Nurul Izzah digambarkan sebagai perempuan yang diuji cinta bila lelaki yang dipujanya bertukar jadi pengkhianat kasih dan cinta yang mereka pupuk selama ini. Kehadiran beberapa lelaki lain dalam hidup Nurul Izzah (dengan seribu kerenah dan ragam masing-masing) membuatkan dia kadang kala sukar untuk menentukan destinasi kasihnya.

 

Tetapi ketentuan takdir itu adalah milik Tuhan. Bagaimana Nurul Izzah dapat mengakhiri perjalanan kasihnya dan memberikan cinta itu pada yang benar-benar menanti? Dan adakah perjalanan hidup Nurul Izzah itu sendiri dihalang dengan dugaan yang maha berat?

 

Ungkapan Rahsia hati ditulis dan dikembangkan berpaksikan pada tema kekeliruan hati. Plotnya kadang kala boleh ‘melemaskan’ pada orang seperti aku yang tidak pernah diuji sebegini. Tetapi mungkin juga, ia boleh membuatkan sesetengah pembaca mengalirkan air mata kasihan pada watak protagonis.

 

            Tambahan pula, banyak perkara dari buku ini yang boleh diambil dan digunakan dalam kehidupan seharian. Contohnya, tentang tajwid Al-Quran. Sesuatu yang bagus dan baik untuk pembaca.

 

            Aku kira, cubaan novel pertama oleh PI ini boleh dikatakan berjaya. Tetapi aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik lagi dari penulis ini untuk novel-novel seterusnya. Aku percaya beliau boleh melakukannya!

 

           

Ulasan: Awang Vampiro

Bloged in apa-apa sahaja, ulas buku by john norafizan Thursday May 15, 2008

Awang Vampiro adalah karya pertama Nizam Zakaria (NZ) bersama dengan penerbit Kaki Novel. Aku harus mengucapkan syabas kepada penerbitan ini (dan juga kepada penulis) yang berani menerbitkan sesuatu yang lain dari yang lain. Sesuatu yang benar-benar baru dalam dunia penerbitan di Malaysia. Mungkin juga sesuatu yang provokatif.

 

Awang Vampiro meriwayatkan kisah lelaki bernama awang yang hidup pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Jika kalian mengkaji sejarah tentang pelayaran mengelilingi dunia oleh Magellan, pasti kalian akan terjumpa dengan nama Awang @ Enrique yang dikatakan orang pertama yang sebenarnya mengelilingi dunia (dan bukan Magellan kerana Magellan terbunuh ketika kapal mereka berlabuh di salah satu pulau di kepulauan Filipina). Dan dikatakan juga sebenarnya dia adalah orang Melayu!

 

Inilah karakter yang digunakan oleh NZ untuk membenarkan fiksyennya masuk ke dalam fakta sejarah yang betul.

 

Berbalik kepada cerita Awang Vampiro, kisah ini bukan kisah biasa. Tetapi kisah bagaimana Awang menjadi makhluk penghisap darah (Inggeris: Vampire) dan kehidupan abadinya digunakan untuk menghapuskan kuasa jahat yang didalangi oleh makhluk bernama Ahriman.

 

Penceritaan Awang Vampiro dibahagikan pada zaman dan era yang berbeza (kesultanan Melaka, zaman renaissance di Eropah, zaman sekarang, zaman akan datang). Kisahnya juga berlaku pada dunia parallel bumi (contohnya dunia di mana pada tahun 2005, Singapura masih lagi berada di bawah jajahan Malaya – dan bukan Malaysia!). Ada juga watak Puteri Gunung Ledang, ‘kelahiran’ orang minyak dan pelbagai lagi makhluk mistik pada sepanjang penceritaan.

 

Seperti yang aku katakan tadi, mungkin ada perkara-perkara yang sedikit ‘dibimbangkan’, tetapi NZ berjaya mencantumkan sesetengah kewujudan ‘hantu-hantu’ ini dengan fakta saintifik yang benar-benar membuatkan pembaca teruja. Penceritaan NZ tidak dapat tidak, akan membuatkan sesetengah pembaca menyetujui rasional kewujudan makhluk-makhluk ini pada pengakhiran cerita.

 

Tetapi yang benarnya, aku lebih menyukai bagaimana NZ berjaya memasukkan cerita dan watak fiksyen dalam lipatan sejarah sehingga kadang kala jalur antara keduanya seakan sudah menjadi kabur. Inilah kekuatan sebenar Awang Vampiro. Dan aku benar-benar tabik dengan NZ.

 

Mungkin aneh bila aku katakan bahawa ketika membaca Awang Vampiro, tiba-tiba aku teringat pada karya 1515, Faisal Tehrani. Walaupun kedua-duanya menulis dalam skop yang berbeza, bagai siang dan malam, namun kedua-duanya mengambil latar belakang yang sama. Iaitu semasa Melaka diserang Benggali Putih Portugis sekitar tahun 1511. Dan kedua-duanya adalah fantasi yang digabungkan dengan rentetan perjalanan sejarah.

 

Pendapatku, NZ benar-benar telah berjaya menyelami genre Si-Fi ini dengan begitu baik sekali. Tidak berlebihan jika aku katakan bahawa ini adalah salah satu buku Melayu Si-Fi yang berada pada tahap dan kelas tersendiri.

 

Seandainya ia diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, dan NZ menukar namanya menjadi nama Benggali Putih, aku pasti golongan yang tidak mahu membaca novel-novel Melayu akan berebutan membeli buku ini (maaf NZ, sikap sarkastik ini bukan ditujukan untuk saudara, JN hanya menangguk di air yang ‘jernih’ sahaja! HEHEHE).

 

Aku harap lebih banyak lagi buku-buku menongkah arus seperti ini dijual di pasaran sana. Dan lebih banyak lagi penulis yang berani untuk bereksperimen dengan karya mereka tanpa dibelenggu sesiapa (selagi tidak melanggar akidah). Sesuatu yang membuatkan aku tahu bahawa memang ada sinar harapan dalam dunia penulisan di Malaysia ini. Syukur!

 

Syabas kepada NZ dan Kaki Novel. Awang Vampiro adalah karya yang bermutu dan ditunggu-tunggu!

 

 

 

bila difikir beratus kali pula…

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Wednesday May 14, 2008

Hmmm…. Bila dah banyak fikir pula, aku rasa aku mesti terus menulis. Lagi dan lagi macam bateri Duracell.

Tak apalah kalau cuma ada seorang aja manusia kat dunia ini yang baca dan menghargai novel aku, dan seorang itu juga dapat mengambil iktibar dari apa yang aku tulis, lalu melakukan sesuatu untuk kebaikan umat manusia. Atau menjadi manusia yang lebih baik kerana terkesan dengan novel ku.

 

Aku akan benar-benar gembira jika itu berlaku. Benar-benar bersyukur ke hadrat Ilahi.

 

Jadi aku akan terus menulis lagi. Lagi dan lagi. Sehingga Tuhan memanggil aku pergi…

berhenti menulis?

Bloged in penulisan di Malaysia by john norafizan Tuesday May 13, 2008

Bila difikirkan balik, aku rasa macam nak berhenti dari menulis aja. Sebab ramai kawan-kawan aku yang profesional masih lagi takut nak baca novel Melayu. Ada yang cakap, novel Melayu ni meleweh-leweh sikit. Tak sama ‘standard’ dengan novel orang putih/luar negara.

 

“Darn, you people! That was the reason why I wrote in Malay! To offset this imbalance and bring forth the quality in Malay books!”

 

Aku rasa seperti Dr. Mahathir yang kecewa bila visi yang diimpikannya kurang menjadi kenyataan selepas peralihan kuasa kepada pucuk pimpinan yang baru.

 

Mungkin aku juga harus bersara kerana visi ku untuk menyedarkan mereka telah gagal.

Manchester United juara lagi!!

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Monday May 12, 2008

Cuma pelik sikit, bila Manchester United menang, Real Madrid pun mesti nak menang! Hmmm… Garis-Garis Deja Vu????? Atau takdir yang sungguh-sungguh menarik sekali? 

 

Tahun                         Juara Inggeris                           Juara Sepanyol

2000-2001                  Manchester United                   Real Madrid

2001-2002                   Arsenal                                   Valencia

2002-2003                   Manchester United                   Real Madrid

2003-2004                   Arsenal                                   Valencia                                  

2004-2005                    Chelsea                                   Barcelona

2005-2006                    Chelsea                                   Barcelona

2006-2007                    Manchester United                   Real Madrid

2007-2008                    Manchester United                   Real Madrid

brengset si anai-anai

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Wednesday May 7, 2008

Ada sesiapa pernah tengok anai-anai? Atau rumah diserang anai-anai?

Malam tadi aku melancarkan perang dunia ketiga pada anai-anai kat rumah aku. Selama ni memang kita orang hidup tenteram walaupun aku rasa macam orang Palestin yang sering diperhatikan oleh tentera Israel. Tapi nampaknya tentera-tentera anai-anai ini telah menakluki perabot letak TV sehingga ke tepi-tepi dinding dengan angkuhnya.

Tapi yang lebih sadis, semua dokumen persekolahan hampir rosak - cuma sebahagian aja yang dapat diselamatkan. Aku benar-benar pilu melihat sijil SPM dan ijazah ku hancur begitu sahaja. BRENGSET BETUL KAU, ANAI-ANAI!!!

Aku masih lagi trauma, masih lagi dalam terkejut. Pantang tok nenek aku…. mereka akan ditentang habis-habisan!

 

 

14 queries. 0.342 seconds.
Powered by Wordpress
theme by evil.bert