Jalan-Jalan cari makan: mai pi ‘utagha’

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Monday March 31, 2008

Siapa nak jadi terkenal?

Bloged in penulisan di Malaysia by john norafizan Friday March 28, 2008

JEMPUTAN MENYERTAI SAYEMBARA FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI ANJURAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA – KUMPULAN UTUSAN

HADIAH YANG DITAWARKAN:

Pemenang Pertama : Wang tunai RM 15,000.00 watikah dan trofi
Tempat kedua : Wang tunai RM 7,500.00 watikah dan trofi
Tempat ketiga : Wang tunai RM 5,000.00 watikah dan trofi
Saguhati ( 5 pemenang) Wang tunai RM 2,500.00 watikah dan trofi

Syarat-syarat Penyertaan

Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. (Kecuali sekretariat/urusetia sayembara adalah tidak dibenarkan).

Karya mestilah asli, bukan saduran, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.

Penyertaan terbuka kepada individu atau berkumpulan. Sesebuah kumpulan yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi 3 orang ahli kumpulan.

Karya mestilah belum pernah disiarkan atau diterbitkan oleh mana-mana penerbitan.

Karya haruslah menepati ciri-ciri genre novel cereka sains dan teknologi.

Peserta boleh menghantar seberapa banyak karya. Tiada had penyertaan sama ada bagi peserta individu atau berkumpulan.

Peserta dikehendaki memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun daripada laman web …. atau diakhbar rasmi. Tidak dibenarkan mencatat sebarang maklumat, sama ada ditulis atau dicetak, pada mana-mana halaman manuskrip.

Peserta hendaklah menyertakan 2 keping gambar berukuran passpot bersama penyertaan.

Karya haruslah ditaip kemas, langkau 2 baris dengan font jenis Garamond bersaiz 14 poin diatas kertas putih bersaiz A4. Kepanjangan karya mestilah tidak kurang daripada 150 halaman.

Manuskrip mestilah dijilid dengan kemas, menggunakan jilid sikat dan diberi kulit plastik, depan dan belakang. Judul yang jelas mestilah dicetak pada halaman pertama manuskrip. Manuskrip yang telah diterima untuk bertanding tidak akan dipulangkan kepada penulis.

Karya yang menyertai sayembara ini, tidak dibenarkan menyertai mana-mana sayembara yang seumpamanya sehingga keputusan penuh pemenang diumumkan secara rasmi.

Karya yang telah menyertai sayembara ini tidak dibenarkan diterbitkan oleh mana-mana pihak sebelum keputusan penuh pemenang diumumkan secara rasmi.

Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Penganjur mempunyai hak pertama untuk menerbitkan karya yang terpilih.

Sebarang penyertaan hendaklah diterima oleh penganjur sebelum atau pada 30 November 2008. Semua penyertaan akan diberi tanda terima.

Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.

Manuskrip lengkap berserta borang penyertaan yang sudah diisi hendaklah dikirim ke alamt yang berikut:

Sekretariat
Sayembara Novel Cereka Fiksyen Sains & Teknologi
Penerbit UTM
34 – 38 Jalan Kebudayaan 1
81300 Skudai
Johor Darul Takzim
U/P : En. Yosman Mohd. Bain
e-mel : yosman@utm.my

CHANTEK yang cantik

Bloged in ulas buku by john norafizan Wednesday March 26, 2008

Wangi bunga dicipta oleh cinta,

Cahaya pun terbentuk,

Dengan tipis gemerlapan bintang,

Ramahilah rumput di halaman,

Menyilang salam keakraban,

Sulam kembali kerawang putus benang,

Jemari cantikmu bukan kerana butiran permata,

Berilah senyuman,

Oleh bersihnya iman ibunda,

Putera puteri terasuh,

Ditabiri takwa,

Bunga kasihpun tumbuh,

Panca warna,

Berterbanganlah debunga,

Menumbuhkan benih asuhan,

Dibentengi ampuh jiwa.

Negara hati yang cantik,

Kita syukuri,

Menikmati keindahan,

Milik amanah-NYA,

Demi waris bangsa!

 

(Siti Zainon Ismail)

 

CHANTEK yang cantik! CHANTEK adalah penerbitan yang diusahakan bersama oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Ia adalah sebuah personafikasi terhadap masyarakat di Malaysia yang berbilang bangsa. Ia bukan sekadar buku semata-mata. Ia sebenarnya adalah memoir yang manis!

 

Penyampaian CHANTEK merupakan gabungan tiga cabang seni yang berbeza: Penintaan prosa, kreatif reka bentuk dan juga fotografi yang penuh warna-warni seni yang meninggalkan kesan di hati. Ada lapan golongan khusus yang difokuskan di dalam CHANTEK iaitu; kanak-kanak, keluarga, wanita dan gadis, Orang kurang upaya (OKU), Orang papa/pengemis, Mangsa bencana alam, NGO dan warga emas.

 

Pemerhatian dan foto-foto yang diabadikan di dalam CHANTEK di sulami dengan kata-kata sajak yang menyentuh hati; dan ada kalanya membuatkan kita tersenyum. CHANTEK juga membuatkan kita berfikir, bagaimanakah kita boleh mengenali, mencintai dan mendekatkan diri dengan Pencipta?

 

Aku amat bertuah untuk mendapat senaskhah CHANTEK, kerana menurut Pengarah projek CHANTEK, saudara Asrul Muzaffar, ia masih lagi belum dilancarkan dan dipasarkan di kedai-kedai buku di seluruh negara. Namun, ia adalah sesuatu yang berbaloi untuk ditunggu, dibeli dan dimiliki.

 

 

Isteriku dan anakku.

Sesungguhnya kamu berdua adalah kurnia

Dari Pencipta sebagai tanggungjawab untukku

Menjaga dan mendidik kalian menjadi

Insan-insan berguna.

 

Isteriku.

Di kala aku melafazkan cinta dan engkau menyambutnya,

Langit terbelah awan

Tersibak mengalirkan hujan kama yang membasahi kita berdua.

Kamulah satu dalam seribu yang aku pilih untuk menjalani

Kehidupan bersamaku.

 

Akan kubawa dikau bersama dalam gembira,

Memapahmu dalam duka

Dan terbang menukik pelangi

Hingga bertemu destinasi abadi.

 

Anakku.

Kamu adalah lambang cinta ayah dan ibu.

Lambang satu kejayaan berkat semangat kental

Yang membolehkan kami mengharungi segala cabaran

Dan dugaan hanya untuk melihat manis senyummu.

 

Kamu adalah kami. Kami adalah dirimu.

 

Persembahan pembacaan konseptual buku coffee-table yang amat menarik. Terlalu banyak yang membuatkan aku duduk berfikir dan merenung jauh setelah usai pembacaan CHANTEK. Benar-benar membuatkan aku terkesan. Benar-benar membuatkan hatiku tersentuh!

 

Nantikan kemunculannya! Tahniah Asrul dan gerak kerja CHANTEK kerana memberikan rakyat Malaysia sesuatu yang amat bermakna seperti ini!

entri 2: Persis sebutir Pasir

Bloged in ulas buku by john norafizan Monday March 24, 2008

Persis sebutir Pasir (PSP) adalah kisah perjalanan sedih watak protagonis novel ini Widya (Kasih) di dalam mengharungi kehidupan yang menjangkau penceritaan lebih dari lima tahun. Secara ringkasnya, Widya adalah gadis manis yang malu untuk memberitahu isi hatinya kepada lelaki yang disukainya, Irwan Zahir. Teman baiknya Farah cuba untuk merapatkan hubungan mereka, namun peristiwa-peristiwa cerita yang berlaku membuatkan hubungan di antara dua teman baik itu menjadi jauh dan renggang.

Konflik perhubungan ini disulami dengan rentetan perjalanan penuh cabaran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ulama Intellectual Forum (UIF), yang diterajui oleh ayah Widya, Dato’ Fahim Muzaffar. Pertembungan antara UIF dengan banyak pihak yang tidak menyukai UIF telah membabitkan Widya sehingga harapan dan cinta Widya tidak lagi sama seperti dahulu.

Aku suka dengan gaya penceritaan manjlara yang matang. Sukar sebenarnya untuk aku menghabiskan sesebuah novel jika aku tidak menyukainya (baik novel Inggeris mahupun novel Melayu!). Tetapi PSP membuatkan aku mahu terus meneruskan pembacaan ini. Ia bukan sebuah cerita roller-coaster tetapi lebih kepada sebuah perjalanan kereta api yang panjang untuk sampai ke destinasinya. Namun engkau sukar untuk turun di perhentian seterusnya kerana pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan membuatkan engkau terus terpaku di tempat duduk. Jika sekali imbas, seolah-olah penulis ini telah menghasilkan banyak novel dan PSP ini bukanlah novelnya yang pertama. Tetapi, ini adalah novel beliau yang pertama! Syabas!

Potongan-potongan ayat Al-Quran yang diletakkan di penghujung setiap bab begitu menarik sekali. Satu pembaharuan yang unik dan amat berkesan di hati pembaca. Cumanya, kenapa bab kedua tidak ada ayat Al-Quran tetapi sebaliknya potongan perenggan daripada sebuah lagu?

Aku harap ramai yang akan membeli novel ini. Rugi jika tidak berkongsi rahsia hati dengan novel yang sarat dengan teladan ini. Syabas sekali lagi, manjlara untuk Persis Sebutir Pasir!

entri 1: di tag daa…

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Monday March 24, 2008

aku telah ditag oleh sr. Asrul Muzaffar

nasib baik soalannya benar-benar senang:  apa yang ada di dalam poket kamu? dan apa pula yang kamu pakai di jari, tangan dan seumpamanya?

Gambar ini menceritakan segala-galanya!

P/S: Cuma tepon aku je tak ada sebab digunakan untuk ambil gambar nih!

Garis-Garis Deja Vu: Pelancaran novel 15.03.08 -Versi tertunda (yang panjang!)

Bloged in garis-garis deja vu by john norafizan Monday March 17, 2008

Ada dua perkara ketika kereta ku mulai meluncur laju membelah udara selatan tanah air menuju ke Bangi pada Sabtu 15.03.08 yang bersejarah ini yang mengingatkan aku pada perjalanan dari Paris ke Roubaix di selatan Perancis beberapa tahun yang lalu.

Pertama, kondisi ku yang baru sahaja sembuh dari demam. Dua hari sebelumnya, kak Mariah dan kak Noor Suraya sudah memberitahu ku untuk menyediakan ucapan sepatah dua kata untuk majlis pelancaran novel Garis-Garis Deja Vu. Oh! Jarak waktu yang singkat dan penuh dengan kerja yang bertimbun di pejabat membuatkan aku mengambil keputusan untuk menyediakan persiapannya pada hari Jumaat nanti. Tetapi Tuhan lebih tahu, demam yang menjengah membuatkan aku terlupa langsung untuk menyediakan hatta sebaris ayat pun untuk pelancaran novel ku ini! Itulah yang membuatkan hati ku berdebar-debar dan penuh dengan perasaan yang teruja. Benar-benar seperti kondisi dan perasaan ketika di dalam kereta api laju yang akan membawa aku ke Roubaix dahulu. Dengan demam dan penuh dengan perasaan yang teruja!

Dan kedua, rasa gembira yang amat sangat untuk menatap hasil kerja ku di dalam versi bercetak itu. Aku benar-benar gembira di atas segala sikap prihatin dan penuh mengambil berat oleh kedua-dua orang kuat dari Jemari Seni yang telah menerbitkan Garis-Garis Deja Vu (terima kasih kak su dan kak yah! Anda berdua memang hebat dan yang terbaik!). Sama seperti perjalanan ke Roubaix, aku akan bertemu dengan keluarga angkat ku yang benar-benar baik dengan ku. Bertemu dengan mereka dan anak-anak mereka terutama Damien. Dan ku kira juga, aku akan ke Bangi nanti untuk ‘berjumpa’ dengan Damien yang diabadikan di dalam buku itu…

2.20 petang. Kereta yang membawa aku, ibu dan dua adik-adik ku sudah berhenti di hadapan restoran THE RAIN, Bangi. Di sebelah ku, sebuah kereta Naza Ria perlahan-lahan memberhentikan pacuannya. Pemandu di dalamnya tersenyum buat aku berdebar-debar. Oh! Inilah bahana dan ‘kejahatan’ internet dan telefon! Selalu berkomunikasi melalui laman web dan e-mel (dan Yahoo Mesenger) dan berbual di dalam telefon tetapi tidak mengenali orangnya!

Memang aku pernah berjumpa dengan kak Yah di dalam pesta buku yang lepas, tetapi aku jadi keliru dan ragu-ragu. Perbualan kami sedikit terbatas walaupun aku cuba menutup malu ku dengan berlagak bersahaja sambil menghulurkan bantuan (Nota: Ampun! Ampun kak Yah! Aku yang bersalah, :) tapi lepas tu semuanya berjalan lancar dan OK! Betulkan?). Mungkin kerana inilah kali pertama bertemu dengan syarikat penerbitan ku yang baru, jadi ramai yang tidak aku kenali.

Di dalam hati berdoa dan merungut, kenapa pula aku tidak melihat kelibat kak Wan Amalyn dan kak Nida?

Ramai yang mulai datang. Dan wajah-wajah yang sudah ku kenal mulai memunculkan diri. Nasya dan teman sepejabatnya, Kak Saz dan Asrul Muzaffar dan isteri di antara yang ku kenal. Asrul Muzaffar menghadiahkan buku CHANTEK kepada ku. Terima kasih Asrul! (Nota: Aku akan membuat ulasan untuk buku ini nanti bersama ulasan Persis sebutir Pasir. Tunggu!!). Cuma sedikit terkilan kerana Wahab tidak dapat menghadirkan diri kerana urusan tertentu.

Dan kemudian bertemu pula dengan penulis tersohor Noor Suraya buat pertama kalinya. Hmm… aku memarahi diri ku berkali-kali kerana tidak perasan dengan kehadirannya. Tidak mengapa, kali ini aku telah ‘merakam’ foto kak Su dan kak Yah di dalam memori ku. Aku pasti aku tidak akan menjadi janggal dan kekok seperti ini lagi di masa hadapan!

Manjlara, Penulis “Persis sebutir pasir’ yang ‘berduet’ dengan ku untuk pelancaran ini juga sudah tiba. Kami berbual seketika. Begitu juga dengan kak Nida dan abang Ronnie yang sedikit lambat. Nurul, DJ popular di radio PUTERA FM turut memperkenalkan dirinya. Dan kak Wan Amalyn yang tersenyum-senyum sambil melambai riang kepada ku. Dia akan menjadi jurukamera ‘rasmi’ untuk majlis ini nanti. Ramai yang datang. Penuh dengan riang, penuh dengan suasana mesra!

3 Petang. Pelancaran Garis-Garis Deja Vu (dan Persis sebutir Pasir) dijalankan di dalam keadaan yang benar-benar unik. Kasual dan penuh dengan silaturahim yang terjalin. Sama seperti keadaan sebuah keluarga besar yang berjumpa ketika hari raya. Walaupun ramai yang tidak ku kenal, tidak ada rasa janggal dan kekok lagi.

Suasana majlis berjalan lancar. Tetapi bila cik pengerusi majlis memanggil ku untuk memberikan ucapan sepatah dua kata, jantung ku bagai mahu luruh. Aku benar-benar tidak tahu apa yang harus dikatakan. Ucapan sepatah dua kata ku memang benar-benar ucapan dengan hanya sepatah dua kata secara literal! Kemudian Puteri Nur Iman memberikan komen tentang Garis-Garis Deja Vu. Aku mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepadanya. (Nota: Dia adalah editor terbaik di Malaysia pada firasat ku, sungguh!).

Ramai yang aku selalu ‘jumpa’ di laman-laman web telah ku temui di dalam alam realiti di majlis ini. Bukan lagi hanya di internet. Sesi menandatangani Garis-Garis Deja Vu bukan hanya untuk menurunkan tanda tangan, tetapi juga sesi menjalinkan persahabatan dengan rakan-rakan baru ku ini. MamaErra, Wabbit, Kak Noor dan ramai lagi yang tidak dapat aku sebutkan di sini. Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih! Aku tidak melupakan mereka yang aku jumpa di majlis ini.

6.15 Petang. Majlis berakhir dengan suasana yang penuh ceria. Kepada semua yang menjayakan majlis ini terutama kepada penggerak-penggerak Jemari Seni dan warga kerja majlis, hanya Tuhan yang Esa yang dapat membalas segala usaha dan penat lelah kalian yang telah menjadikan majlis ini penuh dengan keberkatan. Cumanya, aku jadi kekok, kenapa pula aku satu-satunya menjadi teruna berbaju merah di dalam gambar kenang-kenangan itu? Tidak mengapa…

Di sini juga aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kak Su dan kak Yah yang telah menerima aku ke dalam keluarga besar Jemari Seni. Satu penerbitan yang kini pantas dinobatkan antara penerbitan tersohor di Malaysia. Dan aku benar-benar berbangga menjadi sebahagian dari keluarga Jemari Seni. Tambah membanggakan lagi, Garis-Garis Deja Vu kini telah rasminya menjadi koleksi buku-buku Jemari Seni yang setiap satunya memang hebat dan unik! Terima kasih!

Kini, Garis-Garis Deja Vu sudah berada di kedai-kedai buku di seluruh negara (Nota: Mungkin ada lagi yang masih belum meletakkan buku ku ini di rak-rak mereka kerana ia baru sahaja diedarkan sehari dua yang lalu). Aku benar-benar mengharapkan Garis-Garis Deja Vu dapat memartabatkan bahasa Melayu dan dunia penulisan novel Melayu ke tahap yang lebih tinggi lagi. Biar semua orang tahu bahawa novel Melayu sebenarnya sudah setaraf dengan novel-novel antara bangsa di luar sana!

Kalian juga boleh sahaja membelinya melalui laman web rasmi Jemari Seni http://www.jemariseni.com atau melalui laman web ku sendiri http://www.johnnorafizan.com Oh! Ya, pengumuman istimewa: Jika membeli secara ONLINE, kalian bukan sahaja dapat membelinya dengan lebih murah lagi iaitu hanya RM19 (Nota: Harga sebenar di pasaran juga lebih murah dari kebanyakan novel-novel penerbitan lain iaitu RM 22 ringgit sahaja!), tetapi juga kos penghantaran melalui posnya adalah PERCUMA.

Garis-Garis Deja Vu, pengembaraan cinta mistik dan pengalaman mencari Tuhan…

Garis-Garis Deja vu, ini adalah cinta: Untuk terbang ke langit rahsia, membuatkan ratusan halangan runtuh satu per satu. Yang pertama meninggalkan kehidupan. Dan akhirnya melangkah tanpa sepasang kaki!

Garis-Garis Deja vu: Blurb

Bloged in garis-garis deja vu by john norafizan Thursday March 13, 2008

Kata Rumi:

pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya

mereka sudah bersama sejak azali lagi

Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza.

Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa.

Dan satu takdir yang tersimpul mati!

Sebuah episod pengembaraan yang merentasi garis-garis deja vu

Suatu pelarian tanpa noktah

dan rentetan pertemuan-pertemuan aneh seorang Damien.

Kenapa setelah sepuluh tahun berselang

Ashraf harus mencari Laila yang hilang

Sedangkan isterinya, Nini ditinggalnya pergi?

Dan begitu mahalkah harga cinta, sehinggakan Suraya meninggalkan-Nya demi dia?

+++++++

Sebuah lagi karya segar daripada Novelis John Norafizan, seorang jurutera yang mahir menyusun peristiwa-peristiwa cerita; yang sentiasa mendaulatkan bahasa Melayu pada setiap karya-karyanya.

P/S: Nantikan kemunculan JN di radio Putra hari ini!

Sneak Peek 4: Garis-Garis Deja Vu - Ilustrasi

Bloged in garis-garis deja vu by john norafizan Tuesday March 11, 2008

INFO KARYA ILLUSTRASI GARIS-GARIS DEJA VU: Syafiq Ali’ AM (UiTM, Fine arts)

 

Bagi  Garis-Garis Déjà vu yg dibawakan oleh penulis yang tidak asing lagi iaitu John Norafizan, lukisan karya pada bahagian ‘cover’ novelnya pada kali ini saya telah membawakan satu konsep ilustrasi yang baru dalam dunia novel mengikut seni kontemporari. Seperti kebiasaan yang kita lihat, kebanyakan daripada muka hadapan novel-novel di Malaysia lebih cenderung kepada elemen serta gaya seperti menggambarkan figura-figura seperti gadis-gadis, pasangan romantik taman bunga dan juga seangkatan dengannya, dalam kata lain ialah gambaran secara ‘posing’[1] atau proses ‘Mimesis’[2] yang telah lama digunakan sejak dari zaman Seni ‘Realism’ iaitu abad ke 18 dan 19 lingkungan tahun 1800[3].

 

Sebagai golongan artis Seni Visual Kontemporari di Malaysia, saya telah mendapati bahawa ia harus dibawa dengan perubahan. Dengan itu saya telah memikirkan satu konsep seni kontemporari bagi remaja masa kini, iaitu seni yang dibawakan oleh para pengkarya Jepun iaitu gaya ‘Manga’[4] atau ‘Anime’[5]. Daripada itu saya telah banyak melakukan proses observasi dan penelitian yang mendalam mengapa ‘cover’ novel di Malaysia masih lagi di tampuk lama. Saya menghasilkan karya baru bagi ‘cover’ Garis-Garis Déjà vu ini adalah bertujuan untuk menguji dan membawa para remaja supaya lebih meminati karya penulisan dan bukan terpengaruh minat hanya pada komik atau animasi Jepun semata-mata. Daripada itulah tercetusnya idea untuk membawakan konsep ilustrasi gaya Seni Kontemporari[6] ‘Manga’ ini ke novel karya John dengan harapan dapat mencuri perhatian para remaja dalam menanamkan minat terhadap bidang penulisan.



Yang penuh deja vu!

Bloged in garis-garis deja vu, apa-apa sahaja, sisipan by john norafizan Monday March 10, 2008

Lima hari lagi pelancaran novel Garis-Garis Deja Vu.

 

Tiga hari yang lalu, aku demam teruk. Terkena demam yang punya simptom seperti denggi. Syukur bukan denggi. Hanya seperti denggi. Uhuh! Seolah-olah seperti deja vu!!!

 

Sehari yang lalu, pilihan raya umum yang ke 12. Bersengkang mata sehingga pagi untuk melihat keputusan pilihan raya. Ah! Satu kejutan. Mungkin bagus juga. Sekurang-kurangnya mereka yang merasa diri sudah terlalu kuat akan bermuhasabah seketika untuk merenung apakah kesilapan yang dilakukan. Dan untuk ‘kuasa baru’ yang menang, inilah masanya untuk menunaikan janji-janji yang diberikan. Oh! Oh! Macam deja vu juga!

 

Lagi tiga hari lagi, ada bual-bual bicara dengan radio putera (hari Khamis, 13.03.08). Aku tak tahu apa yang mahu dibualkan. Entahlah. Fikir-fikir, aku bukan pandai sangat berceloteh. Malu ada. Gerun pun ada. Tapi hairan kalau nak difikirkan. Dahulu, aku selalu masuk pasukan bahas dan berpidato di sekolah. Cuma sekarang ni, aku dah jadi jejaka yang pemalu pula! Oh! Deja vu sungguh!

 

Lagi lima hari lagi – 15.03.08 (Sabtu ini!). Tarikh keramat. Garis-Garis Deja Vu akan menemui peminat-peminat novel di Malaysia. Sesuatu yang lain. Sesuatu yang masih belum ada di dalam kebanyakan novel-novel di Malaysia. Cinta metafizik yang Deja Vu…

 

Lagi lima hari lagi. Jumpa anda semua di pelancaran Garis-Garis Deja Vu di ‘The Rain’ di Bangi nanti. Nantikan. Garis-Garis Deja Vu!

 

 

 

 

 

Sneak peek 3: Garis-Garis Deja Vu

Bloged in garis-garis deja vu by john norafizan Monday March 3, 2008

Pengembaraan aneh… segala-galanya bermula di Petra!

Déjà vu 15 Mac 2008: Tarikh pelancaran buku Garis-Garis Deja Vu (terbitan Jemari Seni, 2008). Aku tidak pernah menunggu pelancaran novel ku seresah ini sebelumnya. Untuk tiga karya ku yang terdahulu (Sempadan Tanpa Seri, Tunjukkan Aku Satu Bintang dan Cinderella Cinta) walaupun gementar di dalam senyum, namun tidak menguja minda dan perasaan ku seperti ini.

Mungkin kerana ini adalah rumah penerbitan ku yang baru.

Mungkin juga konsep cinta spiritual dan metafizik yang aku cuba bawakan masih lagi baru di Malaysia ini.

Garis-Garis Deja vu adalah cerita pengorbanan manusia di dalam mencari hakikat kehidupan dan kebahagiaan. Pengembaraan mencari cinta dan mencari Tuhan yang satu. Suka duka kehidupan yang diterjemahkan di dalam potret kehidupan yang seakan-akan bersifat magis.

Tetapi bukankah kehidupan kita penuh dengan magis dan keajaiban? Bahawasanya cinta itu sendiri adalah satu magis. Dan bukankah kehidupan itu sendiri keajaiban yang teragung?

Dan itu yang cuba aku sampaikan di dalam Garis-Garis Deja Vu. Aku juga memilih latar penceritaan di tiga negara yang dekat di hati ku, Malaysia, Jordan dan England. Negara-negara yang banyak menyimpan kenangan manis, suka dan duka.

Jadi apakah itu Garis-Garis Deja Vu?

Jadikan aku rindu,

Yang tidak pernah sembuh,

Resah yang tidak pernah terubat,

Dalam memanggil Mu…

Biarkan aku lemas,

Dalam selautan nama Mu,

Basah dengan harapan,

Untuk ketemu…

Mungkin benar-benar jika sajak-sajak ini menyimpulkan apa yang ada di dalam buku ke-empat ku ini. Juga menyimpulkan apa yang berlaku pada watak-watak di dalam cerita ini. Ada empat orang watak utama yang mendalangi Garis-Garis Deja Vu: Ashraf, Suraya, Nini dan Damien.

Keempat-empatnya terpaksa menempuh dugaan dan pengembaraan berbeza bagi mencari kebahagiaan yang abadi. Ada kalanya takdir mereka bersilang, ada kalanya mereka tidak bertemu di antara satu sama lain. Namun yang pasti tujuan mereka tetap; mencari bahagia yang hakiki.

Ketika aku mendengar cerita cinta ku yang pertama,

Aku mula mencari engkau,

Tidak tahu betapa butanya aku,

Pasangan bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya,

Mereka sudah bersama sejak daripada azali lagi…

Sehingga ketemu lagi!

Garis-Garis Deja Vu berada di pasaran pada 15.03.08

33 queries. 0.588 seconds.
Powered by Wordpress
theme by evil.bert