Alhamdulillah….

Bloged in garis-garis deja vu by john norafizan Monday January 28, 2008

Segalan puji dan syukur pada yang esa. Garis-garis Déjà vu akan berada di kedai-kedai buku di seluruh negara pada 15hb MAC 2008.

Inilah novel yang paling sukar pernah aku hasilkan. Novel terbaik ku setakat ini. Dan aku harap, kalian dapat menerima perubahan yang cuba aku lakukan di dalam novel ini. Insya Allah jika tidak ada aral, SNEAK PEEK pertama GARIS-GARIS DE JAVU akan ku tulis pada 15hb Februari nanti.

Pengembaraan cinta metafizik dan perjalanan mencari tuhan yang satu….

Faizal atau Harry Potter, mana yang lebih seksi?

Bloged in apa-apa sahaja by john norafizan Thursday January 24, 2008

 antara faizal tahir dan si Harry Potter

Oh! Baru aku tahu (pagi ini) bahawa Faizal Tahir tidak akan menyanyikan lagu Maha Karya Cinta dan Kasih tercipta di Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi yang ke 22 Ahad nanti. Ini semua gara-gara aksi ‘panas’ penyanyi itu yang membuka baju dan menunjukkan perut yang sedikit gendut di khalayak penonton baru-baru ini.

 

Sama ada dia patut menerima hukuman ini atau tidak, atau adakah ia setimpal atau tidak, terpulang pada pandangan masing-masing. Tapi ku kira, di luar sana, ramai lagi artis kita yang berperangai dan beraksi lebih teruk dari Faizal Tahir.

 

Ada yang terdedah aurat seperti dak tak ada lagi kilang menenun kain di dunia ini.

Ada yang berbuat maksiat (khalwat, minum arak dll.) macam makan roti canai dan teh tarik hari-hari.

Ada yang hisap dadah, keluar masuk pusat serenti dan berjanji tak nak menagih lagi, tapi dua tiga bulan kemudian, muka tersiar di media kerana ditangkap akibat penagihan dadah.

 

Bagaimana dengan mereka ini? Adakah apa yang mereka lakukan lebih baik dari Faizal Tahir yang menunjukkan lubang pusat yang tidak berapa seksi itu? Atau perbuatan mereka tidak mencemar resam agama Islam? Mungkin dosa mereka tidak sebesar mana, tidak seteruk si Faizal Tahir yang ingin menunjukkan lemak-lemak di perutnya.

 

Oh! Tuhan. Dunia hari ini memang sudah terlalu tenat dan sakit….

De javu

Bloged in garis-garis deja vu, cinta by john norafizan Tuesday January 22, 2008

Jika engkau mahu,

Aku berdiam diri di padang pasir tidak bertanda ini,

Mengira bintang-bintang yang jauh sendirian,

Aku sanggup untuk melakukannya…

 

Seandainya engkau mahu,

Aku lari jauh ke tanah asing,

Terpinggir dari segala yang aku sayang,

Maka aku akan melakukannya,

 

Aku sanggup,

Hanya bila engkau ada,

bersama-sama ku saat itu…

(sehingga tidak ada lagi masa yang tertinggal di dunia ini)

Terima kasih daun keladi

Bloged in penulisan di Malaysia by john norafizan Wednesday January 16, 2008

Di petik dari blog Azeel datang dan menghilang 

What was the best book you read?

aku kurang membaca sepanjang 2007. Tidak baca novel yang aku dapat habiskan. Dan tahun ini, cara pembacaanku turut berubah. Tidak menghabiskan satu-satu novel sekaligus tetapi membaca 2 atau 3 buku secara serentak. Contohnya sekarang, aku sedang membaca ’sacred games’ karya vikram Chandra, ‘dalam mihrab cinta’ karya habiburrahman el shirazy dan hampir menamatkan ‘kopi susu sepatu biru’ tulisan ruby hazri. Dan aku pilih ‘cinderella cinta’ sebagai buku terbaik. Novel yg mengutarakan sesuatu dimensi yang baru dalam penulisan novel di Malaysia.

Terima kasih Azeel. Terima kasih.

Anda telah membuatkan aku berazam untuk menulis yang lebih baik dari itu. Dan membuatkan aku lebih gentar dengan karyaku di masa hadapan.

Beribu-ribu lemon

Bloged in sisipan by john norafizan Tuesday January 15, 2008

1. Name one person who made you laugh last night?
Captain Jack Sparrow (Pirates of the Caribbean: At world’s end)

2. What were you doing at 0800?
Beli makanan kat kedai mamak

3. What were you doing 30 minutes ago?
breakfast… early breakfast

4. What happened to you in 2006?
Entah tak ingat. Tak pernah pandang ke belakang! huhuhu

5. What was the last thing you said out loud?
Oh! Ada ke? Saya memang selalu bercakap kuat ke? hehehehe

6. How many beverages did you have today?
Air kosong

7. What color is your hairbrush?
sikat rambut? Biru kot

8.What was the last thing you paid for?
Pagi tadi punya mee hoon la…

9. Where were you last night?
Kat rumah, terbongkang macam kongkang

10. What color is your front door?
Cokelat

11. Where do you keep your change?
Dalam kereta

12. What’s the weather like today?
Alhamdulillah bagus, tak panas tak sejuk.

13. What’s the best ice-cream flavor?
pistachio

14. What excites you?
Banyak lah!

15. Do you want to cut your hair?
Dah potong dua minggu lepas


16. Are you over the age of 25?
Dah pun, tapi orang selalu cakap saya macam muda lagi! Hehehehe…

17. Do you talk a lot?
Tak! Saya seorang yang pemalu

18. Do you watch the O.C.?
Tak

19. Do you know anyone named Steven?
Even Steven?

20. Do you make up your own words?
Tak

21. Are you a jealous person?
Hehehehe…

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’.
Armando

23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
Khairul

24. Who’s the first person on your received call list?
Unfortunately….. my boss!

25. What does the last text message you received say?
Tulisan cina… entah apek mana tersilap nombor hantar kat hp aku!

26. Do you chew on your straw?
Kadang-kadang bila bosan

27. Do you have curly hair?
Tak

28. Where’s the next place you’re going to?
Round and round the buildings (in my workplace)


29. Who’s the rudest person in your life?
Some kids when I was 12

30. What was the last thing you ate?
mee hoon yang aku beli pagi tadi

31. Will you get married in the future?
Takkan nak jadi bujang lapok kot?

32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
The Kite Runner

33. Is there anyone you like right now?
Secret…

34. When was the last time you did the dishes?
Er… er… er…

35. Are you currently depressed?
No

36. Did you cry today?
No

37. Why did you answer and post this?
No particular reason

38. Tag 5 people who would do this survey.
Boleh tak kalau aku nak tag

1.     Bush

2.     Ahmadinajad

3.     Sarkozy

4.     Blair

5.     Bilawal Bhutto Zadari

Hari ini dunia telah kiamat

Bloged in penulisan di Malaysia by john norafizan Monday January 14, 2008

KUALA LUMPUR: Tiada karya Sasterawan Negara tersenarai sebagai antara buku yang dicadangkan untuk teks baru Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi sekolah menengah yang disemak semula dan dijangka digunakan pada 2010.

Turut tidak tersenarai ialah puisi, cerpen, novel dan drama penerima Anugerah Penulisan Sea dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), hadiah sastera peringkat negeri dan swasta baik bertema Islam mahupun kemerdekaan, meskipun diberi perhatian panel pemilih.

Sumber memberitahu Berita Harian, tindakan tidak menyenaraikan karya SN dan penerima serta pemenang anugerah untuk buku teks yang baru kerana Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, mendapati sebahagian teks sedia ada berat dan tidak sesuai untuk pelajar.

“PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat mereka dalam Komsas,” katanya.

Sumber itu berkata, tidak wajar SN yang mendapat pengiktirafan negara, karyanya dinafikan daripada turut disenaraikan dalam cadangan teks baru untuk Komsas kerana masih ada jalan menghormati mereka iaitu dengan memilih karya mudah agar memenuhi selera remaja.

Berita Harian difahamkan antara penulis yang karya mereka termasuk dalam senarai cadangan ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar.

 

Anda menganggap ini sebagai satu rahmat atau petaka?

 

Aku rasa PKK harus memikirkan semula cadangan tidak masuk dek akal ini. Jika tidak mahu, gugurkan sahaja gelaran Sasterawan Negara dan biarkan dunia penulisan berkecamuk dengan bahasa tunggang langgang dan tidak ada arah tuju.

 

Hari ini, bahasa Melayu sudah diperkosa ke tahap ICU sehingga menjadi bahasa rojak dan slanga yang menjadi kebanggaan generasi muda dan media (elektronik dan cetak). Lihatlah sahaja di kebanyakan drama-drama bersiri yang entah apa-apa yang sering keluar di kaca TV. Modenisasi dan gaya hidup mewah dipaparkan sebagai bercakap di dalam bahasa rojak. Mungkin untuk menunjukkan bahawa orang yang bercakap itu pandai berbahasa Inggeris. Walaupun hakikatnya untuk buat satu ayat lengkap dengan nahu dan tatabahasa betul di dalam bahasa Inggeris pun mungkin tidak mampu!!!

 

Adakah ini yang PKK mahukan?

 

Sebagai nota, karya-karya Dan Brown (Da Vinci), Judith McNaught, Sidney Sheldon memang popular tetapi karya mereka tidak pernah dijadikan buku teks persekolahan di barat. Tepuk tanya, tanyalah akal!!

Ya Allah, selamatkanlah adik Sharlinie!

Bloged in sisipan by john norafizan Friday January 11, 2008

Aku geram betul dengan manusia yang tidak berhati perut yang menculik adik Sharlinie Mohd. Nashar. Mereka ni bukan manusia sebenarnya, tetapi binatang yang bertopengkan manusia. Binatang yang sakit mental dan tak ada otak!

 

Ya Allah! Aku harap adik Sharlinie selamat dan dikembalikan semula kepada keluarganya.

 

Ya Allah! Aku harap penculik adik Sharlinie akan menerima hukuman yang setimpal di atas perbuatan jijiknya.

 

Ya Allah! Aku harap tidak akan lagi ada kes penculikan kanak-kanak (atau sesiapa pun) di Malaysia ku yang tercinta ini.

 

 

Dari Cinderella cinta

Bloged in Uncategorized by john norafizan Tuesday January 8, 2008

            “Taman rindu di balik pelangi,

            Yang airnya tidak putus-putus mengalunkan lagu pagi,

            Menyusur waktu di balik kilau wangi,

            Warna mimpi dalam cahaya yang berseri…

            Aku tahu! Aku tahu!

            Bagaimana lagi mahu mengetuk ke taman rindu,

            Bila pintunya telah hilang dan jadi kelu di dalam sendu,

            Bagaimana lagi mahu bermimpi rindu,

            Bila mimpi mu gelap dan tiada restu,

            Bagaimana lagi mahu bernyanyi rindu,

            Bila dia yang tersayang sudah pergi jauh dari sisi mu!

            Tapi taman rindu berkata,

            Engkau tidak boleh mengetuk rindu selalu,

            Kerana nanti engkau terlupa,

            Bahawa banyak lagi pintu di dalam hidup mu,

            Katanya,

            Engkau tidak boleh bermimpi rindu selalu,

            Kerana malam mu akan jadi panasaran dan terluka,

            Namun percayalah bahawa kita pasti bertemu,

            Kalau bukan di sini,

            Di taman rindu,

            Pasti di taman sana,

            Bersama Tuhan yang satu…”

Cinderella cinta (CREATIVE ENTERPRISE 2007) boleh di dapati di kedai-kedai buku berdekatan.

Siapa dia?

Bloged in Uncategorized by john norafizan Friday January 4, 2008

Seorang gadis yang kehilangan memori dan tidak mampu mengingati apa yang telah berlaku pada hari sebelumnya….

 

Seorang lelaki yang cuba mengurung gadis itu.

 

Lelaki kedua yang cuba membunuhnya.

 

Dan lelaki ketiga yang cuba menyelamatkannya…

 

Adakah kalian rasa bahawa ia boleh dikategorikan sebagai novel cinta?

 

P/S: Aku rasa aku akan mengekalkan tajuk BULAN MADU BIRU sebagai tajuk novel ku yang ke-5 ini, walaupun STRAWBERI, COKLAT masih lagi bermain-main di benak.

 

 

Chua Soi Lek: Tidak ada maaf bagimu

Bloged in sisipan by john norafizan Wednesday January 2, 2008

Chua Soi Lek menjadi selebriti “segera” bila kisahnya ditangkap berkhalwat/berlaku curang pada isteri dan keluarga dan rakyat di dalam CD/DVD beberapa hari lalu. Dari Britain ke USA ada sahaja cerita berkenaan dengan menteri kesihatan ini.

Aku tidak terkejut bila dia mengumumkan untuk mengundur diri dari semua jawatan politiknya secara tiba-tiba. Tetapi apa yang membuatkan aku geram adalah keputusannya untuk tidak mengundurkan diri dari arena politik ketika membuat sidang akhbar pertama di Labis beberapa hari lalu.

Jengkel dan jijik bila dia memberitahu bahawa:
“After I made my confession, I had hoped Malaysians would be able to accept my apology,” he said. “Unfortunately, from the feedback I received, I observed that Malaysians cannot accept it.”

“Some Malaysians have a holier-than-thou attitude,” Chua, a doctor by training, told a packed news conference at his office. “At the end of the day, it just tells you that honesty sometimes does not pay.”

Lebih kurang terjemahan:

Selepas meminta maaf, saya berharap rakyat Malaysia dapat memaafkan saya. Tetapi malangnya, dari maklumbalas yang diterima, saya lihat rakyat Malaysia tidak menerima (permohonan maaf itu).

Sesetengah orang Malaysia kononnya terasa lebih baik dari orang lain. Ini memberitahu bahawa kejujuran kadang kala tidak berbaloi!

Maaf, Chua Soi Lek. Anda sendiri yang TELAH berlaku tidak jujur pada diri anda dan keluarga anda sendiri. Dan Malaysia tidak memerlukan orang yang tidak jujur seperti anda untuk memimpin negara yang tercinta ini! Hei, kawan, kepimpinan adalah melalui tauladan. Pemimpin yang baik dan jujur akan membawa masyarakat dan negara menjadi komuniti yang jujur. Tidak ada sesiapa yang boleh terlepas dari apa yang dilakukannya, sama ada dia sudah memohon maaf atau ‘baling batu, sembunyi tangan, - lebih-lebih lagi kepada pemimpin negara!

Berani buat berani tanggung!

Nota: Entri ini bukan dakyah pembangkang, kalau Chua Soi Lek adalah pemimpin DAP, aku akan tetap menghentamnya teruk-teruk!

14 queries. 0.452 seconds.
Powered by Wordpress
theme by evil.bert