8 fakta/apa-apa sahaja tentang aku?
Peraturan permainan ini jelas memberitahu ‘Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves’
Jadi aku akan memberitahu fakta yang berkenaan dengan dunia penulisanku.
1. Aku sebenarnya bukan ulat buku! - Sebelum tahun 2003, amat jarang sekali aku membaca, malah rasa menggigil pula jika terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli buku! HUHUHU! Tetapi setelah novelku Sempadan Tanpa Seri diterbitkan, aku mulai membeli buku untuk dijadikan rujukan dan meneliti bagaimana penulis-penulis lain menulis. Sebab itu, akulah penulis buku yang paling sedikit koleksi bukunya!
2. Inspirasi - Tunjukkan Aku Satu Bintang diinspirasikan dari cerita Kabhi Khusyi Kabhi Gham, Mohabbatein - dua dari tiga filem Hindi yang aku boleh layan HUHUHU. Cinderella Cinta pula diinspirasikan dari filem Adaptation yang dilakonkan oleh aktor Nicholas Cage
3. 8 kali baca - Buku-buku siri saga Artakusiad karangan Ahmad Patria Abdullah yang sudah lebih lapan kali aku baca. Tak ada buku lain yang aku baca sebanyak itu kecuali Lord of The Rings karya Tolkein. Dan aku tak jemu-jemu untuk membaca karya penulis-penulis ini.
4. Salah taip (dan buat aku bengang!) - Tidak ada tempat bernama Thalkot di Pakistan (untuk buku Cinderella Cinta), yang ada ialah Thakot atau Khalkot. Kesilapan taip yang tidak dibetulkan dan terus berlarutan sehinggalah ke penghujung cerita!!!
5. Aku tidak suka menulis sampai jauh malam - had limit masa menulis ku cuma sehingga jam 12 malam sahaja.. selepas itu aku akan menjadi ting-tong…
6. Manuskrip Garis-Garis Deja vu diinspirasikan dari empat sumber, 1) kitab riwayat hidup sahabah (Hayatus-Sahabah Maulana Yusuf) 2) Karya Paulo Coelho 3) Karya Haruki Murakami dan 4) Rancangan Heroes di starworld Astro HEHEHE!
7. Dua - Ketika pergi bercuti, aku tidak pernah membawa kurang atau lebih dari dua buku. Satu buku sewaktu perjalanan pergi, satu lagi ketika perjalanan pulang.
8. Bercuti - ke tepi pantai, ke pulau, dan ke mana-mana sahajalah selepas selesai menghabiskan manuskrip yang diusahakan DAN sebelum memasuki audit. Aku tak tahu, tetapi pada aku satu kemestian, untuk mendapatkan mode editor.
Ini adalah orang yang aku tag:
1) Ebriza
2) Norjuliana
3) KakWan
4) Najwa Aiman
5) Norash burn
6) Azira
7) Mersik
8) Alyze
Tagging rules:
- Each blogger must post these rules.
- Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
- Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
- Don’t forget to leave them a comment telling them they’ve been tagged and to read your blog.